Virtual Open Day 2022

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM akan menganjurkan program Webinar – Virtual Open Day bagi sesi 3.0 bagi memberi peluang lebih ramai lagi masyarakat Malaysia untuk menyambung Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Program-Program Sarjana Muda dan Sarjan di UUM. 3 orang panel daripada PACE UUM yang bersama-sama anda untuk memberikan penerangan dengan lebih terperinci bagi setiap program yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master). Di antara ahli panel adalah Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir, Prof Madya Dr Rozita binti Abdul Mutalib dan Dr Mawarny binti Md Rejab.

Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir – Pengurus Besar

Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir selaku Pengurus Besar akan menerangkan tentang polisi pendaftaran, pembayaran yuran yang fleksibel dan permohonan pembiayaan PTPTN dan KWSP. Selain itu, peserta program VOD 3.0 boleh berinteraksi dengan semua panel-panel yang akan mewakili untuk bahagian Akademik bagi Program Sarjana Muda dan Sarjana.

Hadiah yang Menarik Menanti Anda yang Bertuah

Untuk menyertai program Webinar VOD 3.o, peserta boleh mendaftar dengan PERCUMA di link di sediakan di bawah. Apabila peserta mendaftar, mereka akan diberikan link khas untuk menyertai webinar ini. Selain itu, hadiah-hadiah yang menarik sesi Cabutan Bertuah akan menanti anda di akhir program ini.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
Program PJJ UUM menjadi pilihan utama warga kerja di swasta dan kerajaan

Hari Terbuka Virtual PACE UUM

๐Ÿ“ VIRTUAL OPEN DAY 3.0 ๐Ÿ“
๐Ÿ“† 20 MAC 2022 (AHAD)
โฐ 10:00 PAGI
๐Ÿ’ป Platform : Cisco Webex
๐Ÿ’ป Pendaftaran PERCUMA

Anda ingin melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi Pengajian Sarjana Muda dan Pengajian Sarjana tetapi tidak tahu bagaimana ? Ayuh sertai kami ! Dengarkan taklimat khas daripada panel-panel kami dan semestinya kami akan memudahkan urusan anda.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
PJJ UUM terbaik di Malaysia

Program PJJ UUM bagi program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan bagi sesi kemasukan APRIL 2022/2023 adalah seperti berikut:

  1. Ijazah  Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] โ€“ Semua pusat โ€“ 5  Tahun
  2. Ijazah  Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)] โ€“ Main  Campus UUM & KL โ€“ 5 ยฝ Tahun
  3. Ijazah  Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] โ€“ Main campus Sintok  & KL – 5 ยฝ Tahun
  4. Ijazah  Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] โ€“  KL – 5 ยฝ Tahun
  5. Ijazah  Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] โ€“ KL  โ€“ 5 tahun

BERIKUT adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.

  1. Pengambilan  Pelajar 4 kali setahun โ€“ Januari , April, Julai dan Oktober
  2. Semua  program mendapat pengiktirafan penuh akreditasi MQA dan JPA
  3. Pertemuan  kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang  berpengalaman.
  4. Kuliah  akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
  5. Modul  bercetak yang komprehensif dalam bahasa Malaysia.
  6. Pembayaran  yuran yang Fleksibel
  7. Boleh memohon PTPTN / KWSP
  8. UUM kini mempunyai 13 pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ 

Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berikut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj

Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/

Maklumat lanjut hubungi Perunding Akademik kami seperti berikut

https://wa.me/60195906855

https://wa.me/60195908544

https://wa.me/60194278189

Laman web rasmi: https://pjj.paceuum.my/