RANKING UNIVERSITI MELONJAK, KEKALKAN MOMENTUM

Peningkatan ranking UUM dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QSWUR) Under 50 pada tahun ini berbanding tahun lepas telah memberi impak besar kepada seluruh warga UUM.

 

“Tahniah!,” kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim yang melahirkan rasa gembira di atas pencapaian UUM apabila tersenarai dalam Top 100 QSWUR Under 50 dan menganggap ia satu perkembangan yang bagus.

 

Menurutnya, seluruh warga kampus telah bekerja keras dalam memastikan universiti berada di ranking yang tertinggi dan usaha ini menampakkan hasil apabila UUM telah disenaraikan dalam Top 100 QS World University Rankings (QSWUR) Under 50 dengan kedudukan di 81-90 berbanding 101-150 pada tahun sebelumnya.

 

Menurutnya, kejayaan itu telah meletakkan UUM setanding dengan universiti terkemuka lain seperti Coventry University di United Kingdom, Universitat Bayreuth, Jerman dan Singapore Management University, Singapura.

 

“Kedudukan ini juga merupakan hasil daripada program dan aktiviti universiti yang berterusan melibatkan pengantarabangsaan, mobiliti staf dan pelajar, jalinan kerjasama dengan universiti luar negara serta hubungan yang baik dengan pihak industri.

 

“Saya berharap kita dapat mengekalkan momentum ini untuk memastikan UUM berada di landasan yang betul dan terus memacu kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

 

Bagi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad pula, kejayaan yang dikecapi itu sangat membanggakan beliau sebagai warga UUM.

 

Menurutnya, kejayaan tersebut tidak akan dicapai tanpa perancangan yang rapi untuk jangka pendek dan panjang sejak beberapa tahun yang lalu serta titik peluh seluruh warga universiti yang sentiasa bekerja keras tanpa henti.

 

Katanya, jelas terbukti kini UUM adalah bertaraf dunia dan sentiasa maju sejajar dengan Pelan Strategik Universiti yang memberi penekanan kepada akademik, penyelidikan dan inovasi serta pengantarabangsaan dan sebagainya.

 

“Tahniah kepada semua warga UUM!,” katanya.

 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, beliau juga bangga dan gembira dengan pencapaian terkini UUM yang setiap tahun menunjukkan peningkatan.

 

Menurutnya, kejayaan yang diperoleh hari ini adalah hasil kerja kuat dan sokongan berterusan semua pihak dari peringkat atasan, alumni, pelajar, staf dan rakan industri.

 

Katanya, usaha universiti menaikkan kedudukan itu semakin membuahkan hasil kerana ranking ini bukan tentang perancangan satu tahun tetapi berpanjangan.

 

“Tahun ini sangat membanggakan bagi UUM kerana pertama kali disenaraikan dalam Top 100 QSWUR Under 50 dan telah menunjukkan peningkatan yang baik.

 

“Peningkatan ini juga adalah satu pergerakan yang senada dengan usaha keras kepimpinan UUM dan sokongan kuat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menggubal dasar dan menyokong universiti,” katanya.

 

Tambahnya, UUM berpotensi untuk melonjakkan ranking ke tahap yang lebih tinggi lagi dengan meningkatkan aspek akademik seperti kualiti penyelidikan, sitasi dan penerbitan.

 

Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar berkata, pencapaian ranking UUM itu adalah hasil daripada Pelan Strategik UUM dan kerjasama semua pihak di universiti ini.

 

“Harapan saya supaya UUM dapat meningkatkan lagi hubungan antarabangsa dengan universiti di luar negara kerana ia akan membantu kepada pencapaian reputasi akademik dan juga peningkatan pelajar antarabangsa.

 

“Selain itu, UUM juga perlu menjalinkan hubungan dengan lebih erat dengan pihak industri kerana ia akan memberi impak yang besar kepada pencapaian reputasi majikan dan secara tidak langsung boleh meningkatkan kebolehan pasaran graduan UUM,” katanya.

mattis, pulvinar dapibus leo.