- Apakah program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang ditawarkan di PACE UUM?.
Terdapat LIMA (5) program yang ditawarkan iaitu:-
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA (Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm (Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB (Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM (Hons)]
- Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?
Sesi pengambilan pelajar dilakukan empat (4) kali setahun bagi program sarjana muda seperti berikut:-
- Pengambilan sesi Januari
- Pengambilan sesi April
- Pengambilan sesi Julai
- Pengambilan sesi Oktober
3. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?
Permohonan boleh dibuat di atas talian di https://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/
Bagi pelajar yang berminat untuk mengisi permohonan, pelajar hendaklah membayar wang proses sebanyak RM100. Pembayaran wang proses RM100 boleh dibuat secara online di link berikut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj
4. Berapakah kadar yuran pengajian bagi program PJJ UUM?
Kadar bayaran bagi yuran pengajian adalah RM1,950 untuk semester pertama kerana pelajar perlu mengambil 13 jam kredit. 1 jam kredit bersamaan RM150. Yuran pendaftaran pula adalah RM300 (dibayar sekali sahaja).
Selain itu, pelajar juga perlu membayar yuran-yuran yang berulang pada setiap semester seperti:
- Yuran Perpustakaan RM20,
- Yuran Persatuan Pelajar RM10,
- Yuran Kebajikan RM13 dan
- Yuran ICT RM40.
- Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian adalah sangat fleksible kerana pelajar boleh membuat pembayaran secara ansuran pada setiap semester
- Selain itu, pelajar boleh membuat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tajaan daripada JPA/MARA dan lain-lain agensi.
5. Adakah program PJJ UUM sesuai bagi golongan bekerja ?
Ya Program PJJ UUM adalah sangat sesuai bagi golongan dewasa dan sedang bekerja. Sistem pembelajaran yang fleksibel pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa. Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima. Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah akan membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik.
program PJJ UUM adalah yang terbaik di Malaysia dan sangat sesuai bagi golongan yang bekerja
6. Bagaimanakah sistem penilaian program PJJ UUM ?
Pelajar program PJJ UUM akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Pecahan permarkahan adalah mengikut subjek-subjek yang telah ditentukan oleh pusat pengajian di UUM.
Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik. Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester.
Pada semester akhir pelajar hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum). Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).