Syarat Kemasukan ke Program PJJ UUM

PJJ UUM PILIHAN UTAMA

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM PJJ PACE UUM

KES KEMASUKAN SYARAT KEMASUKAN

SPM

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti syarat berikut:

 

Lulus SPM / setaraf dengannya Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia;

 

DAN Kepujian dalam TIGA (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ setaraf;

 

Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas

 

*Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (iii dan iv) di atas.

STPM

Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

 

Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN

 

Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN

 

Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya: PNGK 2.0; DAN Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Pengajiaan Am/ Kertas Am; DAN Gred C (NGMP 2.00) bagi DUA (2) mata pelajaran lain.

DIPLOMA / STAM/ MATRIKULASI

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut: Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa melayu); DAN

 

Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN

 

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh: Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat Universiti MQA dan direkodkan dalam MQR ; ATAU

 

Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU

 

Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam TIGA (3) mata pelajaran pengkhususan

VOKASIONAL MALAYSIA

Memiliki kelulusan Diploma/DVM atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:   Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti / MQA dan direkodkan dalam MQR

 

APEL

Syarat kelayakan masuk melalui APEL adalah seperti berikut: Lulus penilaian APEL yang dilaksanakan oleh MQA.

 

Mematuhi kriteria kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6,MQF) yang ditetapkan oleh KPM iaitu: Calon hendaklah warganegara berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

** MUET merupakan syarat pengijazahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda (PJJ) UUM.

  • Setiap Pelajar PERLU mengambil MUET di dalam tempoh pengajian mereka.
  • Pelajar diingatkan agar mengambil MUET SEBELUM  TAMAT pengajian mereka. 
  • Syarat BAND MUET adalah tertakluk kepada keperluan Program.