Sarjana (Master)

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Mengapa perlu memilih Program Sarjana (Master) UUM?

PEMBELAJARAN FLEKSIBILITI

Dengan sistem pembelajaran yang fleksibel, pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa.

PENGAJARAN BERKESAN

Semua Pensyarah yang mempunyai kepakaran di dalam bidang-bidang berkaitan (Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah) dipilih untuk mengajar pelajar bagi program Sarjana (Master).

PENGALAMAN BEKERJA

Lepasan Ijazah / Diploma (APEL) boleh memohon untuk kemasukan ke program Sarjana (Master) berdasarkan pengalaman kerja berkaitan.

KAMI BERADA DI MANA-MANA

Dapatkan maklumat dan khidmat nasihat tentang peluang menyambung pengajian anda di pusat pembelajaran yang terdekat.

KEMASUKAN FLEKSIBEL MELALUI APEL

Gunakan pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu untuk kemasukan ke sarjana muda dan sarjana (master)

YURAN YANG BERPATUTAN

Jumlah Yuran Pengajian yang berpatutan dan kemudahan pembiayaan daripada PTPTN, KWSP, JPA dan Institusi Perbankan

1

P&P Teradun 

Bersemuka & Online 

 

2

Kelas Bersemuka

Pengajaran secara F2F

 

3

Pensyarah IPTA

Pensyarah yang kompeten

 

Proses Pembelajaran & Pengajaran

Pertemuan secara Bulanan

Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada setiap hujung minggu: Jumaat dan Sabtu (Kedah,Johor,Kelantan, Terengganu) atau Sabtu & Ahad (KL, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah & Sarawak)

Pengajaran Bersemuka

Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah dapat membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik

Sistem Penilaian yang Telus

Pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik.

Pusat Pembelajaran PACE UUM

Pusat Pembelajaran PACE UUM terdiri daripada 14 Pusat di seluruh Malaysia iaitu Kampus Utama UUM Sintok, Pulau Langkawi, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bahru, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu dan Tawau.

Sistem PMK

Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester.

Tempoh Pengajian PJJ

Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 6 semester / 2 tahun (minimum).Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 15 semester/5 tahun (maksimum).