PENDAHULUAN
Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa.
OBJEKTIF PJJ
Berteraskan misi dan visi Universiti, program PJJ ini adalah untuk:
- Membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
- Memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah.
- Membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
- Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi.
- Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia menawarkan program berikut :
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
PUSAT PENGAJIAN PJJ
UUM kini mempunyai sepuluh (13) pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:
- Kampus UUM, Sintok, Kedah
- Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
- Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
- Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
- Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
- Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
- Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
- Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
- Pusat Pembelajaran Melaka
- Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
- Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
- Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
- Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak
METODOLOGI PEMBELAJARAN
- Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
- Modul berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus yang akan dibekalkan kepada pelajar.
- Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.
PENGAJAR
Tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang yang ditawarkan.
Good