SERTAI PERTANDINGAN
VIDEO PENDEK PACE UUM 2021
Terbuka kepada Semua Pelajar UUM
Tempoh penyertaan adalah bermula pada 28 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PACE UUM 2021
A) MAKLUMAT PERTANDINGAN
- Pertandingan Video Pendek PJJ UUM Pilihan Dihati adalah anjuran bersama PACE UUM bersama Uniutama Education & Consultancy Sdn Bhd sempena kempen penjenamaan PACE UUM
- Tempoh penyertaan adalah bermula pada 28 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021.
- Tempoh penjurian adalah bermula pada 1 Jun 2021 hingga 5 Jun 2021.
- Setiap video yang disediakan perlu bertemakan PJJ UUM Pilihan Dihati.
- Setiap peserta sama ada individu atau berkumpulan boleh menghantar lebih daripada satu video. Walaubagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
- Setiap penyertaan kumpulan HENDAKLAH mempunyai ahli seramai 3 orang sahaja.
B) KELAYAKAN PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar PJJ UUM (individu/berkumpulan)
- Staf PACE UUM tidak layak menyertai pertandingan ini.
C) TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma.
- Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa.
- Genre Video adalah terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi dan dokumentari.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos atau kerugian yang ditanggung oleh peserta sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.
- Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan video pendek.
D) SPESIFIKASI VIDEO
- Durasi masa video yang dihasilkan adalah tidak melebihi 3 minit.
- Format video yang dibenarkan adalah MP4, AVI, WMV, MOV, dan FLV sahaja.
- Resolusi minimum bagi video yang dihasilkan ialah 720p dan ke atas.
- Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
- Video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan suara yang baik serta jelas.
E) TUNTUTAN HAKCIPTA
- Semua video penyertaan yang diterima menjadi hakmilik penganjur dan ianya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan.
- Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedarkan, menyunting serta membuat tayangan bagi mana-mana hasil karya yang dihantar (sama ada menang atau tidak) pada laman web, pameran, media sosial atau mana-mana media yang lain untuk tujuan tertentu. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.
- Video yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak penganjur bagi mendapatkan watermark PACE UUM sebelum dimuat naik ke laman Youtube PACE UUM.
H) HADIAH
- Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
- i. Tempat Pertama: RM1,000.00 Tunai + Sijil
ii. Tempat Kedua: RM700.00 Tunai + Sijil
iii. Tempat Ketiga: RM500.00 Tunai + Sijil
iv. Tempat 4-10: RM100.00 Tunai + Sijil - Para pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau emel.
I) TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 31 MEI 2021 (JAM 23:59). Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.
K) PERTANYAAN
Encik Mohd Asly Asraf Ahmad
URUSETIA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PACE UUM 2021
UNIT STRATEGI KORPORAT & PEMBANGUNAN PRODUK
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah
Telefon:04-928 4617 / 019-5906855 / 019-5908544 / 013-5343636
Emel: admin@paceuum.my
Laman Web: https://pjj.paceuum.my/