PACE TikToK

TIKTOK Challenge

SERTAI PACE UUM TIKTOK CHALLENGE 2021
Terbuka kepada Semua Rakyat Malaysia
Tempoh penyertaan adalah bermula pada
4 April 2021 sehingga 31 Mei 2021.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan dalam kehidupan seharian
  • Menarik minat dan meningkatkan bilangan kemasukan pelajar ke program PJJ UUM
  • Meningkatkan penjenamaan PACE UUM sebagai peneraju di dalam penawaran program-program PJJ  

TEMA

Tema penganjuran program Pertandingan TikTok PACE UUM 2021 adalah “Pembelajaran Sepanjang Hayat”


SYARAT & TERMA PERTANDINGAN

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Peserta MESTILAH berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan perlu mengikut langkah-langkah penyertaan yang telah ditetapkan.
  • Video yang diambil mestilah memaparkan unsur-unsur “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.
  • Peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) video, tetapi hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  • Video yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli dan kreatif yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
  • Video yang dimuatnaik tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak milik video-video yang dipertandingan kepada PACE UUM dan berhak menggunakan video-video tersebut untuk tujuan promosi di media cetak/elektronik dan media sosial PACE UUM
  • Pemenang akan dinilai berdasarkan video yang paling kreatif dan mempunyai “Like” yang banyak.
  • Pemenang akan di umumkan melalui hebahan di Facebook Page PJJ UUM .
  • Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta adalah tertakluk di bawah syarat dan terma pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak PACE UUM.
  • Keputusan panel juri/hakim adalah muktamad.

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN

  • Peserta perlu ‘Like’ dan ‘follow’ Facebook Page PJJ UUM  dan TikTok PACE UUM (Laman Rasmi) sebagai syarat pertandingan.
  • Hasilkan video yang paling menarik dan kreatif.
  • Kongsikan video TikTok anda di link  pendaftaran  ini – PENDAFTARAN TIKTOK CHALLENGE
  • Peserta perlu memuat naik video di aplikasi TikTok dan sertakan tanda pagar #paceuum #pjjuum #paceuumtiktok #pjjuumterbaik
  • Peserta perlu pastikan akuan TikTok adalah umum (public). 
  • Suntingan dan ubahsuai adalah bebas dan hanya menggunakan Bahasa Melayu.
  • Video yang mempunyai tema ‘PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT’ yang menarik dan kreatif
  • Video yang menampilkan program-program PJJ UUM adalah satu kelebihan.
  • Video yang dihantar perlulah asli dan diambil sendiri oleh peserta pada tahun 2021 sahaja.
  • Pengumuman pemenang akan dimaklumkan di portal rasmi PACE UUM dan pemenang akan dimaklumkan melalui Email masing-masing.

TEMPOH PERTANDINGAN

  • Tarikh Pertandingan : 1 – 31 Mei 2021
  • Tarikh Tutup Pertandingan: 31 Mei 2021
  • Tarikh senarai pendek dan undian “Like” di FB Page PJJ UUM : 1- 16 Jun 2021
  • Tarikh Penilaian Pemenang : 17-19 Jun 2021
  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 21 Jun 2021

KATEGORI PERTANDINGAN

  1. Kategori individu/berkumpulan, namun tidak melebihi dari 3 orang di dalam satu video.
  2. Mengambil video berdurasi tidak melebihi 60 saat dengan usaha sendiri atau berkumpulan dengan menggunakan telefon pintar atau mana-mana kamera yang sesuai.

HAKMILIK & PENGGUNAAN

  • Peserta berhak terhadap hak cipta gambar yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, hak eksklusif diberi kepada penganjur untuk mencetak semula, menerbit dan mempamerkan video tersebut berserta maklumat yang disertakan bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi dan komersial.
  • Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta telah bersetuju memberikan hak milik/hak cipta dan penggunaan serta membenarkan pihak PACE UUM untuk mengguna semula, menyiarkan, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada PACE UUM secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
  • Pihak PACE UUM mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

HADIAH PERTANDINGAN

 Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:

i. Tempat Pertama: RM1,000.00 Tunai + Sijil
ii. Tempat Kedua: RM700.00 Tunai + Sijil
iii. Tempat Ketiga: RM500.00 Tunai + Sijil
iv. Tempat 4-10: RM100.00 Tunai + Sijil

Para pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau emel.


KRITERIA PEMARKAHAN

  1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang telah ditetapkan.
  2. Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat-syarat dan format pertandingan seperti yang telah digariskan.
  3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya video adalah lebih tertumpu kepada tema “PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT” secara profesional.
  4. Namun demikian, kualiti video juga akan diambil kira dalam pemarkahan. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

PERTANYAAN

Encik Mohd Asly Asraf Ahmad
URUSETIA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PACE UUM 2021
UNIT STRATEGI KORPORAT & PEMBANGUNAN PRODUK
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah

Telefon:04-928 4617 / 019-5906855 / 019-5908544 / 013-5343636
Emel: admin@paceuum.my
Laman Web: https://pjj.paceuum.my/