Kenapa Perlu Memilih PACE UUM Sebagai Institusi Pendidikan Jarak Jauh anda??

PJJ UUM PILIHAN UTAMA

              Sejak 1 April 1996, Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) mula menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian telah diperkenalkan pada 11 April 1998 sebagai program sulung kepada pelajar-pelajar.

Selari dengan perkembangan pesat di dalam pembangunan kerjaya di sektor awam dan swasta, kini PACE UUM telah menawarkan LIMA (5) program Ijazah Sarjana Muda (Degree) dengan Kepujian yang TERBAIK dan menjadi pilihan UTAMA bagi semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Ayuh semua rakyat Malaysia!!! Ayuh kita pertingkatkan pencapaian akademik dengan pencapaian yang lebih tinggi lagi selaras dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Berikut adalah 5 (LIMA) Program yang Terbaik ditawarkan bagi setiap kemasukan di Pusat Pembelajaran di Seluruh Malaysia:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
  3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
  4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian
  5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian

Hanya dengan Kelayakan SPM Sahaja, Anda boleh memohon Program PJJ UUM

Terdapat empat (4) sesi kemasukan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. PACE UUM memilik 16 pusat pembelajaran iaitu Pusat Pembelajaran UUM, Sintok, Kedah; Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah; Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak; Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur; Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur; Pusat Pembelajaran Kelana Jaya, Selangor; Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan;  Pusat Pembelajaran Melaka;  Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang;  Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor; Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak;  Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak; Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak; Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah; Pusat Pembelajaran Tawau, Sabah dan Pusat Pembelajaran Sandakan, Sabah.

Bagi pelajar yang berminat untuk mengisi permohonan, pelajar hendaklah membayar wang proses sebanyak RM100. Kadar bayaran bagi yuran pengajian adalah RM1,950 untuk semester pertama kerana pelajar perlu mengambil 13 jam kredit. 1 jam kredit bersamaan RM150. Yuran pendaftaran pula adalah RM300 (dibayar sekali sahaja). Selain itu, pelajar juga perlu membayar yuran-yuran yang berulang pada setiap semester seperti Yuran Perpustakaan RM20, Yuran Persatuan Pelajar RM10, Yuran Kebajikan RM13 dan Yuran ICT RM40. Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian adalah sangat fleksible kerana pelajar boleh membuat pembayaran secara ansuran , potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),  pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tajaan daripada JPA/MARA dan lain-lain agensi.

Selain itu, sistem pembelajaran yang fleksibel  pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa. Manakala, pelajar daripada program Diploma pula memiliki kelebihan iaitu memohon pemindahan kredit ke program Pendidikan Jarak Jauh UUM.  Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima. Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah akan membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik.

Ramai Pekerja Sektor Awam Memilih Program PJJ UUM

Di samping itu, pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik. Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester. Pada semester akhir pelajar hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum). Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *