Mengapa perlu memilih Program PJJ UUM?
PEMBELAJARAN FLEKSIBILITI
Dengan sistem pembelajaran yang fleksibel, pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa.
PEMINDAHAN KREDIT
Pelajar daripada program Diploma boleh memohon pemindahan kredit ke program PJJ. Perolehi ijazah yang diimpikan dalam tempoh yang lebih singkat
PENGALAMAN BEKERJA
Lepasan SPM boleh memohon untuk kemasukan ke program PJJ berdasarkan pengalaman kerja selama 3 tahun
KAMI BERADA DI MANA-MANA
Dapatkan maklumat dan khidmat nasihat tentang peluang menyambung pengajian anda di pusat pembelajaran yang terdekat.
KEMASUKAN FLEKSIBEL MELALUI APEL
Gunakan pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu untuk kemasukan ke sarjana muda dan sarjana (master)
YURAN YANG BERPATUTAN
Jumlah Yuran Pengajian yang berpatutan dan kemudahan pembiayaan daripada PTPTN, KWSP, JPA dan Institusi Perbankan
1
Sistem Modul
Penggunaan Modul BM
2
Kelas Bersemuka
Pengajaran secara F2F
3
Pensyarah IPTA
Pensyarah yang kompeten
Proses Pembelajaran & Pengajaran
Pertemuan secara Bulanan
Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima.
Pengajaran Bersemuka
Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah dapat membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik
Sistem Penilaian yang Telus
Pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik.
Pusat Pembelajaran PACE UUM
Pusat Pembelajaran PACE UUM terdiri daripada 14 Pusat di seluruh Malaysia iaitu Kampus Utama UUM Sintok, Pulau Langkawi, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bahru, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu dan Tawau.
Sistem PMK
Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester. Pada semester akhir anda hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
Tempoh Pengajian PJJ
Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum).Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).