Sarjana Muda Pengurusan Awam

PACE UUM BPMN
financial-planning
financial-planning1

Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian [BPM (Hons)]

Struktur Program

Program ini dijalankan secara mode Pengajian Jarak Jauh (Separuh Masa).

Jam Kredit

Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus minimum 125 JAM KREDIT.

Tempoh Pengajian

Jangkamasa adalah selama 11 semester/5 tahun setengah (minimum) hingga 20 semester/10 tahun (maksimum).

PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA DAN BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN.
Mohon sekarang!

SYARAT KEMASUKKAN / PERMOHONAN

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia seperti syarat berikut:

  1. Lulus SPM/Setaraf dengannya
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; DAN
  3. Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ Setaraf;
  4. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
  5. Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (3 & 4) di atas.

Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM/Setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang – kurangnya:
    1. PNGK 2.0; DAN
    2. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am/ Kertas Am; DAN
    3. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain

Bagi calon yang mempunyai kelulusan DIPLOMA, syarat-syarat adalah seperti berikut:

  • Mempunyai Diploma yang setaraf dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UUM ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; ATAU
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan Senat UUM; DAN
  1. Lulus SPM/setaraf dengannya; DAN
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM; DAN
  3. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Ekonomi/ Perdagangan di peringkat SPM/setaraf.

Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan kepujian [BPM (Hons)] terdiri daripada LIMA (5) komponen seperti berikut

  • Teras Universiti
  • Teras Program
  • Minor
  • Elektif Program
  • Elektif Bebas

MOHON SEKARANG!!!

  1. Isi borang di SINI dan cetak borang slip permohonan.
  2. Pos ke alamat yang berikut beserta dengan dokumen-dokumen berikut:
  • Slip permohonan
  • Salinan sijil-sijil yang berkaitan (SPM / STPM /DIPLOMA).
  • Wang Pos (RM100.00)
Alamat:

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK,

BUKU PANDUAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA MUDA PENgurusan awam [Bpm (HONS)]

  1. Buku Panduan Akademik Program Pengurusan Awam  dengan Kepujian [BPM (Hons)]

Pohon Sekarang Bagi Kemasukan 2021/22

Permohonan untuk Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dibuka sepanjang masa bagi kemasukan Januari, April, Julai dan Oktober.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *