Pengajaran & Pembelajaran Program PJJ UUM

KULIAH PJJ UUM

  1. Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

Penggunaan Bahasa Melayu akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Modul juga diberi dalam Bahasa Melayu.

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?

Pendaftaran kursus bagi pelajar akan dibuat secara atas talian melalui portal pelajar.

  1. Bila tempoh gugur/tambah kursus boleh dilakukan?

Tempoh gugur/tambah kursus mesti dilakukan tidak lewat daripada dua (2) minggu sebelum atau selepas hari pertama kuliah (pertemuaan pertama).

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
Program PJJ UUM Terbaik Di Malaysia
  1. Apakah kesan sekiranya gugur/tambah kursus dilakukan selepas tempoh yang ditetapkan?

Pelajar tidak dibenarkan mengikuti pengajian pada semester berkenaan dan pelajar perlu memohon menarik diri.

UUM IS THE BEST
Universiti Pengurusan Terbaik Dunia
  1. Sekiranya berlaku kesilapan sewaktu gugur/tambah kursus, apakah tindakan yang boleh dilakukan?

Pelajar mesti membuat pembetulan dalam tempoh ditetapkan dengan menghantar emel kepada pihak PACE UUM.

  1. Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?

Pelajar hendaklah mendaftar tidak kurang daripada jumlah Jam Kredit Minimum, iaitu ENAM (6) jam kredit dan tidak lebih daripada TIGA BELAS (13) jam kredit bagi setiap semester. Pelajar dibenarkan untuk mengambil jam kredit sebanyak 25 jam kredit /setahun. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada TIGA BELAS (13) kredit hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Pengarah atau Pengurus Program. Walau bagaimanapun pelajar perlulah mengemukakan surat permohonan rasmi berkaitan perkara tersebut.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemindahan kredit?

Pemindahan kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program di institusi lain ke program di PJJ PACE UUM. Pemindahan kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program.

*Nota : Jumlah jam kredit bagi kursus yang mendapat pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan jam kredit sesuatu program dan ianya diambilkira dalam pengiraan jumlah jam minimum untuk memperolehi ijazah.

  1. Bagaimanakah cara permohonan pemindahan kredit?

Permohonan pemindahan kredit boleh dibuat dengan mengemukakan borang yang disediakan oleh PACE dan menyerahkannya dalam tempoh pengajian semester  pertama. Pelajar perlu mengemukakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti transkrip peperiksaan, silibus yang setara dan sijil-sijil berkaitan. Pelajar yang boleh memohon pemindahan jam kredit adalah pelajar yang memiliki kelayakan diploma yang diiktiraf oleh PACE UUM dan tertakluk pada syarat berikut :-

  1. Kursus-kursus yang hendak dipindah kredit tersebut hendaklah setara atau lebih tinggi daripada kursus yang ditawarkan oleh Universiti
  2. Prestasi pelajar dalam kursus-kursus tersebut hendaklah setaraf atau lebih tinggi daripada kursus yang ditawarkan oleh Universiti
  3. Dalam kes kursus Ko-Kurikulum, selain daripada syarat-syarat yang dinyatakan pada para (a) dan (b), pemindahan kredit boleh dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai sumbangan / khidmat kemasyarakatan yang luar biasa / tinggi dalam bidang Ko-Kurikulum.
  4. Kursus-kursus yang digunakan untuk memohon pemindahan kredit hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi LIMA (5) tahun dari tarikh permohonan.

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat kursus yang gagal dalam satu-satu semester pengajian?

Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus wajib atau elektif hendaklah menebus (mengambil semula) dengan cara mengulangi kursus tersebut sehingga lulus.

Apakah gred lulus bagi satu-satu kursus?

Gred lulus untuk satu-satu kursus adalah A hingga C+.

Apakah kesan sekiranya tidak menghadiri pertemuan kursus?

Pelajar akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir sekiranya tidak memberi sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah kuliah dan tutorial.

Apakah sistem penilaian yang dilakukan bagi kursus yang dijalankan?

Pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan senat.  Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik.

Bagaimanakah caranya sekiranya pelajar semester akhir yang belum melengkapkan kurikulum tetapi kursus tidak ditawarkan bagi membolehkan pelajar tersebut memohon pengijazahan?

Pelajar boleh mengemukakan permohonan kepada PJJ PACE UUM  bagi mendapatkan kelulusan penawaran kursus tersebut pada semester berkenaan.

  1. Bagaimana pelajar program sepenuh masa mohon pertukaran ke Pengajian Separuh Masa jika program beliau tidak ditawarkan secara separuh masa?

Pelajar dikehendaki menukar kepada program yang sedia ada ditawarkan secara separuh masa di PJJ PACE UUM sebelum memohon pertukaran status pengajian.

Daftar dan Menang
Jom Daftar Kemasukan Julai 2021/2022

PENANGGUHAN PENGAJIAN

  1. Penangguhan pengajian boleh dibuat atas sebab-sebab yang munasabah seperti berikut:
    1. Sebab kesihatan
    1. Sebab peribadi
    1. Tindakan tatatertib

Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama DUA (2) semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih daripada EMPAT (4) semester secara berterusan, pelajar hendaklah mendapat kelulusan PACE UUM bagi menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk meneruskan pengajian atau menarik diri daripada pengajian.

PACE UUM
  • Pelajar yang disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan boleh memohon kepada Pengerusi PJJ PACE UUM untuk menangguhkan pengajian pada semester berkenaan.
  • Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain daripada sebab-sebab kesihatan. Permohonan ini hendaklah dibuat EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan.

Tempoh penangguhan tidak diambil kira sebagai semester yang telah digunakan bagi kes berikut:

  1. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti atas sebab kesihatan,
  2. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti kerana dikenakan tindakan tatatertib
  3. Pelajar yang ditangguhkan pengajian atas sebab kepentingan negara,

PEPERIKSAAN 

  1. Apakah cara yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya tidak dapat menghadiri peperiksaan?

Pelajar boleh memohon untuk menduduki Peperiksaan Gantian. Peperiksaan Gantian hanya akan diadakan sekiranya pelajar disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan atau menjalankan tugas rasmi yang tidak dapat dielakkan dan mendapat kelulusan pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan akhir dijalankan.

  1. Apakah kriteria yang melayakkan Menduduki Peperiksaan Khas?

Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kriteria berikut:-

  1. Pelajar semester akhir yang mendapat status LULUS tetapi gagal satu mata pelajaran dalam semester terakhir; atau
  2. Pelajar semester akhir yang LULUS tetapi Purata Mata Gred Keseluruhan bagi Teras Program kurang daripada 2.00.

  1. Bolehkah semakan markah dilakukan sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan?

Boleh, dengan syarat pelajar hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Semak Semula kepada PACE dalam tempoh dua (2) minggu selepes keputusan diperolehi beserta bayaran sebanyak RM75.00 bagi setiap kursus untuk proses selanjutnya.  dengan kadar yuran yang ditetapkan.

  1. Apakah prosedur sekiranya pelajar memohon pertukaran pusat peperiksaan?

Memaklumkan secara bertulis kepada PJJ PACE UUM  untuk tindakan selanjutnya dalam tarikh permohonan ditetapkan.

Graduan UUM
Majlis Konvokesyen UUM

PENGIJAZAHAN

  1. Apakah syarat yang membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian ?

Pelajar boleh dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian jika telah memenuhi syarat seperti :-memenuhi semua kehendak syarat pengajian

Telah mencapai PMK sekurang-kurangnya 2.00 hingga 4.00

Telah mencapai PMK sekurang-kurangnya 2.00 hingga 4.00 bagi kursus Teras Program

Lulus dan mencapai sekurang-kurangnya matagred 1.00 bagi semua kursus yang diambil kecuali kursus yang diambil secara Audit.

HEA UUM

2. Bagaimanakah cara menyemak status penganugerahan?

Pelajar boleh menyemak status pengijazahan melalui laman sesawang di alamat www.pace.uum.edu.my

Pusat Pembelajaran UUM KL
Pusat Pembelajaran PACE KL

KEWANGAN

  1. Bolehkah pembayaran yuran dibuat secara ansuran?

Boleh, pelajar boleh membayar yuran secara ansuran pada bila-bila masa. PJJ PACE UUM tidak menetapkan tempoh pembayaran yuran bagi setiap semester.

  1. Apakah tindakan yang dikenakan sekiranya pelajar masih mempunyai tunggakan yuran pengajian?

Pelajar tidak dikenakan denda, tetapi pelajar tidak dibenarkan membuat semakan keputusan peperiksaan. Sekiranya pelajar memiliki tunggakan yuran lebih dari RM2300 pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus bagi semester hadapan.

  1. Bagaimanakah prosedur permohonan pinjaman kewangan daripada Institusi Kewangan?

Permohonan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Adakah boleh pelajar membuat pengeluaran KWSP bagi menjelaskan yuran pengajian?

Boleh. Permohonan pengeluaran KWSP perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Adakah pinjaman PTPTN boleh dibuat?

Pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN. Permohonan pinjaman PTPTN perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Bilakah permohonan PTPTN akan dibuka?

Permohonan PTPTN dibuka dua (2) kali setahun untuk PJJ PACE UUM iaitu :-

  1. Bulan Mac : 1 Mac hingga 30 April
  2. Bulan September : 1 September hingga 31 Oktober

Kenapa Anda Perlu Memilih Program PJJ UUM?

  1. Apakah program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang ditawarkan di PACE UUM?.

Terdapat LIMA (5) program yang ditawarkan iaitu:-

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)]
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA (Hons)]
  3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm (Hons)]
  4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB (Hons)]
  5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM (Hons)]
  1. Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?

Sesi pengambilan pelajar dilakukan empat (4) kali setahun bagi program sarjana muda seperti berikut:-

  1. Pengambilan sesi Januari
  2. Pengambilan sesi April
  3. Pengambilan sesi Julai
  4. Pengambilan sesi Oktober

Daftar dan Menang PJJ UUM
PACE UUM sediakan hadiah lumayan RM28,000 untuk dimenangi

3. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat di atas talian di http://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/

Bagi pelajar yang berminat untuk mengisi permohonan, pelajar hendaklah membayar wang proses sebanyak RM100. Pembayaran wang proses RM100 boleh dibuat secara online di link berikut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj

UUM World Ranking University
Tahniah UUM di atas pencapaian cemerlang ranking (THE)

4. Berapakah kadar yuran pengajian bagi program PJJ UUM?

Kadar bayaran bagi yuran pengajian adalah RM1,950 untuk semester pertama kerana pelajar perlu mengambil 13 jam kredit. 1 jam kredit bersamaan RM150. Yuran pendaftaran pula adalah RM300 (dibayar sekali sahaja).

Selain itu, pelajar juga perlu membayar yuran-yuran yang berulang pada setiap semester seperti:

  1. Yuran Perpustakaan RM20,
  2. Yuran Persatuan Pelajar RM10,
  3. Yuran Kebajikan RM13 dan
  4. Yuran ICT RM40.
    • Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian adalah sangat fleksible kerana pelajar boleh membuat pembayaran secara ansuran pada setiap semester
    • Selain itu, pelajar boleh membuat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),  pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tajaan daripada JPA/MARA dan lain-lain agensi.

5. Adakah program PJJ UUM sesuai bagi golongan bekerja ?

Ya Program PJJ UUM adalah sangat sesuai bagi golongan dewasa dan sedang bekerja. Sistem pembelajaran yang fleksibel  pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa.  Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima. Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah akan membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik.

Daftar dan Menang PJJ UUM
PACE UUM sediakan hadiah lumayan RM28,000 untuk dimenangi

6. Bagaimanakah sistem penilaian program PJJ UUM ?

Pelajar program PJJ UUM akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Pecahan permarkahan adalah mengikut subjek-subjek yang telah ditentukan oleh pusat pengajian di UUM.

Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik. Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester.

Pada semester akhir pelajar hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum). Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).

Kenapa Perlu Memilih PACE UUM Sebagai Institusi Pendidikan Jarak Jauh anda??

              Sejak 1 April 1996, Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) mula menawarkan program Pendidikan Jarak Jauh bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian telah diperkenalkan pada 11 April 1998 sebagai program sulung kepada pelajar-pelajar.

Selari dengan perkembangan pesat di dalam pembangunan kerjaya di sektor awam dan swasta, kini PACE menawarkan enam (6) program yang menjadi pilihan ramai iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian.

SPM BOLEH MASUK U
Hanya dengan Kelayakan SPM Sahaja, Anda boleh memohon Program PJJ UUM

Terdapat empat (4) sesi kemasukan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. PACE UUM memilik 16 pusat pembelajaran iaitu Pusat Pembelajaran UUM, Sintok, Kedah; Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah; Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak; Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur; Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur; Pusat Pembelajaran Kelana Jaya, Selangor; Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan;  Pusat Pembelajaran Melaka;  Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang;  Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor; Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak;  Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak; Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak; Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah; Pusat Pembelajaran Tawau, Sabah dan Pusat Pembelajaran Sandakan, Sabah.

Bagi pelajar yang berminat untuk mengisi permohonan, pelajar hendaklah membayar wang proses sebanyak RM100. Kadar bayaran bagi yuran pengajian adalah RM1,950 untuk semester pertama kerana pelajar perlu mengambil 13 jam kredit. 1 jam kredit bersamaan RM150. Yuran pendaftaran pula adalah RM300 (dibayar sekali sahaja). Selain itu, pelajar juga perlu membayar yuran-yuran yang berulang pada setiap semester seperti Yuran Perpustakaan RM20, Yuran Persatuan Pelajar RM10, Yuran Kebajikan RM13 dan Yuran ICT RM40. Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian adalah sangat fleksible kerana pelajar boleh membuat pembayaran secara ansuran , potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),  pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tajaan daripada JPA/MARA dan lain-lain agensi.

Selain itu, sistem pembelajaran yang fleksibel  pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa. Manakala, pelajar daripada program Diploma pula memiliki kelebihan iaitu memohon pemindahan kredit ke program Pendidikan Jarak Jauh UUM.  Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima. Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah akan membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik.

PJJ Pilihan Utama
Ramai Pekerja Sektor Awam Memilih Program PJJ UUM

Di samping itu, pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik. Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester. Pada semester akhir pelajar hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum). Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).

PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) UUM TAWAR PROGRAM TERBAIK DI MALAYSIA

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan seiring dengan Agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020. Pelan ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan tanpa mengira peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran.

UUM WORLD RANKING

Walau bagaimanapun, PSH ini tidak akan dapat direalisasikan dengan sistem pendidikan sedia ada akibat daripada pelbagai kekangan terutamanya dalam kalangan mereka yang telah pun berkerjaya. Justeru itu, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh beberapa buah universiti awam dan swasta bagi menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia terutamanya yang bekerja untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi 

Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah merupakan sebuah universiti awam yang ke-6 ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia. Mempunyai misi penubuhan yang unik iaitu untuk memberikan keunggulan akademik dalam bidang pengurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pendidikan dan pengurusan kualiti, UUM telah diperkenalkan secara rasmi pada 16 Februari 1984. Buat masa sekarang, UUM telah memfokuskan kepada bidang ilmu seperti pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pelancongan, pembangunan sosial, pembangunan sumber manusia, dan perniagaan antarabangsa.

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (Professional and Continuing Education) ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan melalui pendidikan jarak jauh (PJJ). PACE mempunyai 16 pusat pengajian iaitu di UUM Sintok, UUM Langkawi, Ipoh, Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

6 program yang mendapat sambutan daripada pelajar ialah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)], Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)], Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)], Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)], Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat [BMA(Hons)]. PACE UUM mempunyai seramai pelajar seramai 5,551 orang yang aktif dan sedang mengikuti program PJJ UUM diseluruh Malaysia. Keistimewaan program PJJ UUM adalah :

  1. Pengambilan Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
  2. Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang berpengalaman.
  3. Pusat Pembelajaran PACE UUM sebanyak 16 Pusat di seluruh Malaysia.
  4. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
  5. Modul bercetak yang komprehensif dalam bahasa Malaysia.
  6. Pinjaman Pengajian daripada PTPTN
  7. Pengeluaran wang daripada akaun KWSP

Antara tujuan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang diperkenal adalah:

  1. Membuka peluang kepada mana-mana individu untuk meningkatkan taraf pendidikan
  2. Memberi peluang kepada golongan dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah 
  3. Menawarkan pendidikan lebih tinggi kepada penduduk di kawasan luar bandar
  4. Meningkatkan dan melahirkan lebih ramai pekerja terlatih yang berpendidikan tinggi
  5. Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dibawah sektor kerajaan atau swasta

Senarai Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM yang Ditawarkan 

Sebanyak 6 program PJJ telah ditawarkan oleh UUM merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Semua program pengajian telah menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Walau bagaimanapun, program pengajian PJJ yang ditawarkan di UUM menfokuskan kepada keperluan industri semasa. Ini bermakna, hanya program pengajian yang relevan dengan permintaan industri sahaja akan ditawarkan sekaligus menunjukkan bahawa, program pengajian tersebut mempunyai potensi kerja yang luas dan diperlukan oleh majikan di luar sana. Berikut dikongsikan senarai keseluruhan program pengajian PJJ yang ditawarkan di UUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
  6. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat [BMA(Hons)]
PJJ UUM
Best Distance Learning Degree in Malaysia

Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL)

Dalam Garis Panduan ini, APEL didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit. Secara umumnya, proses APEL melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman, termasuk mana-mana yang masih belum dinilai atau dianugerahkan kredit sebelumnya.
Pembelajaran ini berkemungkinan diperoleh melalui kaedah formal, bukan formal dan tidak formal, termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi dan pengalaman keluarga.
Antara contoh-contoh pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang relevan yang diperolehi melalui:

 • pengalaman kerja: sepenuh masa, separuh masa ataupun sambilan;

• kerja sukarela dan kemasyarakatan;

• tanggungjawab keluarga;

• hobi atau kegiatan waktu lapang;

• melatih dan membimbing orang lain;

• menghadiri dan menyertai seminar, persidangan dan bengkel;

• menghadiri kursus jangka pendek;

• kefasihan dalam bahasa-bahasa lain;

• pengajian persendirian dan penyelidikan; dan

 
APEL

APEL telah dikenal pasti sebagai alat yang berpengaruh untuk membawa orang ramai ke dalam sistem pembelajaran – ia menjamin mereka bahawa mereka tidak perlu bermula tanpa sebarang asas dan kemahiran yang telah mereka miliki adalah berharga. Hasil Penyelidikan telah membuktikan bahawa APEL mempunyai banyak faedah kepada pelbagai pihak yang berkepentingan, iaitu para pelajar, institusi, pihak majikan serta negara.

Kriteria Kemasukan

Pemohon hendaklah mematuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti yang berikut:

Program di Peringkat Sijil
Calon hendaklah berumur 19 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.


Program di Peringkat Diploma
Calon hendaklah berumur 20 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.


Program di Peringkat Ijazah Pertama
Calon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Ijazah Sarjana
Calon hendaklah berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM / diploma / setara (sebagai contoh, asasi) dengan pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Kedoktoran
Calon hendaklah berumur 35 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Pertama dalam bidang yang berkaitan atau setara, dengan 5 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.

APEL(A) PACE UUM
MUAT TURUN BROSUR

CARA PEMBAYARAN  YURAN PENILAIAN APEL (A):

  • Yuran APEL (A) 6 = RM250
  • Yuran APEL (A) 7 = RM370
  • Pembayaran boleh dibuat di mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip deposit tunai/deposit cek/pembayaran bil ke akaun :

Nama Akaun : UNIUTAMA EDUCATION AND CONSULTANCY SDN. BHD. (UECSB)

No. Akaun     : 02093010007784

Rujukan         : Penilaian APEL T6 / T7

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

  • Pengurus : Dr. Amirul Faiz /En. Mohd Shah Rizal Md. Akhir
  • Telefon: 04-9284641 / 04-9284619 / 04-9284625

UUM is Malaysia’s Fourth Best in the World

Universiti Utara Malaysia (UUM) continues to outperform other research universities (RU) when the university’s main subject, Business and Economics soared to the 251-300 best position in the Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2021 announced yesterday. The Business and Economics subjects have been listed in THE World University Rankings by Subject for two consecutive years at the 401-500 position for 2019 and 2020.

The Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani said, “Praise be to Allah, with the latest ranking announced, UUM managed to compete with two RUs in Malaysia, namely Universiti Putra Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia by being in fourth place in Malaysia for the said subjects”. According to him, the achievement reflected the strength of UUM in the subject of Business and Economics, despite UUM being a management university. He also said that the notable achievement was the result of the hard work rendered by all the staff of the university to elevate UUM internationally in line with the tagline ‘We Are Global’. “I hope this success can be maintained so that UUM can move forward, and continue be on par with other RUs,” he said.

Apart from Business and Economics subjects, the other four main subjects of the University also soared, namely Computer Science, Education, Physical Sciences and Social Sciences. The Computer Science subject has been ranked at the 601-800 position, Education (301-400), Physical Sciences (601-800) and Social Sciences (401-500).

In THE World University Rankings by Subject 2020, the Computer Science subject was ranked at the 601+, Education (401+), Physical Sciences (801+) and Social Sciences (501-600). Times Higher Education World University Rankings by Subject adopts 13 indicators categorized into five main categories namely Teaching: the learning environment; Research: volume, income and reputation; Citations: research influence; International outlook: staff, students and research and Industry income: innovation. The weightings of each subject may differ from one another.

Pusat Pembelajaran PACE UUM

Pusat Pembelajaran PACE UUM

Kampus Utama
UUM Sintok, KEDAH
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, 
Kedah Darul Aman.

Cawangan Langkawi (Kedah)
Institut Pengurusan Peladang Langkawi
Lot 571, Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah,
Langkawi,
Kedah Darul Aman.

Cawangan Kuala Lumpur (KL)
Kolej Antarabangsa Inovatif

Level 2, Block C, Kelana Square 17
Jln SS7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor

Cawangan Kota Bharu (Kelantan)
Politeknik Kota Bharu
KM 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh,
Kelantan.

Cawangan Melaka (Melaka)
Rumah Media Melaka
Jalan Lingkaran MITC
Hang Tuah Jaya
75450
Melaka.

Cawangan Ipoh (Perak)
Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh,
Perak.

Cawangan Kuantan (Pahang)
Kolej Yayasan Pahang
Kampus Taman Gelora
Jalan Dato Abdullah
25050 Kuantan

Cawangan Johor Bahru (Johor)
Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
Jalan Heman, Kampung Aman
80000 Johor Bharu

Cawangan Kuching (Sarawak)
ICATS West Campus 
Formerly INTI College
Jalan Stampin Timur
93350 Kuching
Sarawak

Cawangan Sibu (Sarawak)
Pusat Pembelajaran Jarak Jauh UUM Sibu
University College of Technology Sarawak (UCTS)
868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu Sarawak

Cawangan Kota Kinabalu (Sabah)
Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Cawangan Miri (Sarawak)
IBS College
Bangunan Tabung Baitulmal 
Pelita Commercial Centre, Jalan Sehati
98000 Miri, Sarawak

Program Jarak Jauh UUM

PENDAHULUAN

Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa. 

OBJEKTIF PJJ

Berteraskan misi dan visi Universiti, program PJJ ini adalah untuk:

  • Membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
  • Memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah. 
  • Membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
  • Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi. 
  • Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta.
PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia menawarkan program berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
PUSAT PENGAJIAN PJJ

UUM kini mempunyai sepuluh (13) pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:

  • Kampus UUM, Sintok, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
  • Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
  • Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
  • Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
  • Pusat Pembelajaran Melaka
  • Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
  • Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak
METODOLOGI PEMBELAJARAN
  1. Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu. 
  2. Modul berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus yang akan dibekalkan kepada pelajar.
  3. Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.
PENGAJAR

Tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang yang ditawarkan.

Bantuan One-Off RM200

BAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM200 PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN SETARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar PJJ PACE,

Adalah dimaklumkan bahawa, Bantuan One-Off RM200 kepada pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan setara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah HANYA LAYAK bagi pelajar yang aktif sebagai Pelajar Sepenuh Masa pada tarikh 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengikuti program di bawah PJJ adalah TIDAK LAYAK menerima bantuan tersebut selaras dengan pekeliling Kementerian Kewangan Malaysia (Rujukan: MOF.PB(S) 600-8/7/14(47). Bersama-sama ini disertakan pekeliling tersebut untuk rujukan pelajar. https://bit.ly/3aXUFm9

Sekian Harap Maklum.