Virtual Open Day 2022

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM akan menganjurkan program Webinar – Virtual Open Day bagi sesi 3.0 bagi memberi peluang lebih ramai lagi masyarakat Malaysia untuk menyambung Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Program-Program Sarjana Muda dan Sarjan di UUM. 3 orang panel daripada PACE UUM yang bersama-sama anda untuk memberikan penerangan dengan lebih terperinci bagi setiap program yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master). Di antara ahli panel adalah Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir, Prof Madya Dr Rozita binti Abdul Mutalib dan Dr Mawarny binti Md Rejab.

Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir – Pengurus Besar

Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir selaku Pengurus Besar akan menerangkan tentang polisi pendaftaran, pembayaran yuran yang fleksibel dan permohonan pembiayaan PTPTN dan KWSP. Selain itu, peserta program VOD 3.0 boleh berinteraksi dengan semua panel-panel yang akan mewakili untuk bahagian Akademik bagi Program Sarjana Muda dan Sarjana.

Hadiah yang Menarik Menanti Anda yang Bertuah

Untuk menyertai program Webinar VOD 3.o, peserta boleh mendaftar dengan PERCUMA di link di sediakan di bawah. Apabila peserta mendaftar, mereka akan diberikan link khas untuk menyertai webinar ini. Selain itu, hadiah-hadiah yang menarik sesi Cabutan Bertuah akan menanti anda di akhir program ini.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
Program PJJ UUM menjadi pilihan utama warga kerja di swasta dan kerajaan

Hari Terbuka Virtual PACE UUM

πŸ“ VIRTUAL OPEN DAY 3.0 πŸ“
πŸ“† 20 MAC 2022 (AHAD)
⏰ 10:00 PAGI
πŸ’» Platform : Cisco Webex
πŸ’» Pendaftaran PERCUMA

Anda ingin melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi Pengajian Sarjana Muda dan Pengajian Sarjana tetapi tidak tahu bagaimana ? Ayuh sertai kami ! Dengarkan taklimat khas daripada panel-panel kami dan semestinya kami akan memudahkan urusan anda.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
PJJ UUM terbaik di Malaysia

Program PJJ UUM bagi program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan bagi sesi kemasukan APRIL 2022/2023 adalah seperti berikut:

  1. Ijazah  Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] – Semua pusat – 5  Tahun
  2. Ijazah  Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)] – Main  Campus UUM & KL – 5 Β½ Tahun
  3. Ijazah  Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] – Main campus Sintok  & KL – 5 Β½ Tahun
  4. Ijazah  Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] –  KL – 5 Β½ Tahun
  5. Ijazah  Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] – KL  – 5 tahun

BERIKUT adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.

  1. Pengambilan  Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
  2. Semua  program mendapat pengiktirafan penuh akreditasi MQA dan JPA
  3. Pertemuan  kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang  berpengalaman.
  4. Kuliah  akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
  5. Modul  bercetak yang komprehensif dalam bahasa Malaysia.
  6. Pembayaran  yuran yang Fleksibel
  7. Boleh memohon PTPTN / KWSP
  8. UUM kini mempunyai 13 pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ 

Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berikut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj

Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/

Maklumat lanjut hubungi Perunding Akademik kami seperti berikut

https://wa.me/60195906855

https://wa.me/60195908544

https://wa.me/60194278189

Laman web rasmi: https://pjj.paceuum.my/

ππ„πŒπ„π†π€ππ† π…π‘π€ππ‚π€πˆπ’ πŒπ€π‘π‘π˜ππ‘πŽπ–π π‰π€πƒπˆ 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀 ππŽπ‹π„π‡

β€œIjazah bukan jaminan untuk mendapat kerja dan memiliki ilmu sahaja juga tidak cukup untuk meletakkan kita di tempat yang tinggi,” kata pemegang francais restoran makanan segera, Marrybrown, Norharizan Hussain.

Panel bagi program “Alumni Talk 2022”

Beliau yang merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan berkata, untuk berjaya dan mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan, pencari kerja perlu memiliki kriteria seperti rajin berusaha untuk maju, disiplin, tidak malu bertanya, kuat fizikal dan mental, profesional, berintegriti, bijak komunikasi dan menganggap syarikat seperti milik sendiri.

Menurutnya, semua graduan berharap untuk mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa hadapan namun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tidak menentu meletakkan mereka dalam situasi sukar untuk mendapat kerja.

β€œApa yang mereka boleh lakukan ialah bijak merebut peluang, tingkatkan kemahiran diri, kuasai pelbagai bahasa, mempunyai mentor, seimbangkan hidup dari segi sosial dengan masyarakat dan penuhi tuntutan agama, Insya-Allah rezeki akan datang.”

Selain itu, seawal berada di universiti juga pelajar sudah boleh berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Hari ini kita melihat perkembangan pesat ekonomi digital misalnya Food Panda, MauTapau dan Grab Food yang semakin diceburi anak muda,” katanya yang menerima ijazah pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM.

Norharizan berkata, sebagai majikan juga, beliau telah merancang pelbagai strategi dan program untuk melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan termasuk melayan dan menyayangi semua pekerja seperti anak-anak sendiri. Bercerita tentang permulaan menjalankan perniagaan, anak kelahiran Alor Setar itu berkata, beliau minat berniaga sejak usia muda lagi meskipun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.

Menurutnya, dari Kedah beliau sanggup berhijrah ke Johor untuk mengikut latihan sebagai ahli pasukan sokongan Marrybrown, selain terlibat dengan pembukaan cawangan Marrybrown yang baharu termasuk outlet pertama pada 1981 di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Kecekalan beliau itu membolehkan Norharizan menjadi francaisi dengan memiliki dua cawangan Marrybrown di Souq Al-Bukhary dan Star Parade di Alor Setar yang diusahakan sejak 16 tahun lalu. Bagi melengkapkan lagi impiannya menjadi ahli perniagaan berilmu, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun telah memiliki ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan pada usia 50 dan ijazah sarjana di usia 52.

“Kini saya sedang mengatur untuk mengambil ijazah Doktor Falsafah dan pada masa sama melakukan kerja komuniti sebagai pulangan kepada masyarakat.”Terlalu banyak kenangan manis yang dikecapi sepanjang tempoh pengajian di UUM yang menuntut pengorbanan cukup tinggi untuk mendapat segulung ijazah.

β€œBanyak cabaran sebenarnya semasa belajar tetapi dengan berkat usaha tanpa mengenal erti penat, doa dan mendapat pensyarah yang berpengetahuan luas, saya dapat mengatasinya dengan pertolongan Allah yang memberi jalan keluar yang sungguh menakjubkan,” katanya. Beliau telah menerima ijazah yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

Pengajaran & Pembelajaran Program PJJ UUM

KULIAH PJJ UUM

  1. Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

Penggunaan Bahasa Melayu akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Modul juga diberi dalam Bahasa Melayu.

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?

Pendaftaran kursus bagi pelajar akan dibuat secara atas talian melalui portal pelajar.

  1. Bila tempoh gugur/tambah kursus boleh dilakukan?

Tempoh gugur/tambah kursus mesti dilakukan tidak lewat daripada dua (2) minggu sebelum atau selepas hari pertama kuliah (pertemuaan pertama).

Program PJJ UUM Terbaik Di Malaysia
  1. Apakah kesan sekiranya gugur/tambah kursus dilakukan selepas tempoh yang ditetapkan?

Pelajar tidak dibenarkan mengikuti pengajian pada semester berkenaan dan pelajar perlu memohon menarik diri.

UUM IS THE BEST
Universiti Pengurusan Terbaik Dunia
  1. Sekiranya berlaku kesilapan sewaktu gugur/tambah kursus, apakah tindakan yang boleh dilakukan?

Pelajar mesti membuat pembetulan dalam tempoh ditetapkan dengan menghantar emel kepada pihak PACE UUM.

  1. Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?

Pelajar hendaklah mendaftar tidak kurang daripada jumlah Jam Kredit Minimum, iaitu ENAM (6) jam kredit dan tidak lebih daripada TIGA BELAS (13) jam kredit bagi setiap semester. Pelajar dibenarkan untuk mengambil jam kredit sebanyak 25 jam kredit /setahun.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemindahan kredit?

Pemindahan kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program di institusi lain ke program di PJJ PACE UUM. Pemindahan kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program.

*Nota : Jumlah jam kredit bagi kursus yang mendapat pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan jam kredit sesuatu program dan ianya diambilkira dalam pengiraan jumlah jam minimum untuk memperolehi ijazah.

  1. Bagaimanakah cara permohonan pemindahan kredit?

Permohonan pemindahan kredit boleh dibuat dengan mengemukakan borang yang disediakan oleh PACE dan menyerahkannya dalam tempoh pengajian semester  pertama. Pelajar perlu mengemukakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti transkrip peperiksaan, silibus yang setara dan sijil-sijil berkaitan. Pelajar yang boleh memohon pemindahan jam kredit adalah pelajar yang memiliki kelayakan diploma yang diiktiraf oleh PACE UUM dan tertakluk pada syarat berikut :-

  1. Kursus-kursus yang hendak dipindah kredit tersebut hendaklah setara atau lebih tinggi daripada kursus yang ditawarkan oleh Universiti
  2. Prestasi pelajar dalam kursus-kursus tersebut hendaklah setaraf atau lebih tinggi daripada kursus yang ditawarkan oleh Universiti
  3. Dalam kes kursus Ko-Kurikulum, selain daripada syarat-syarat yang dinyatakan pada para (a) dan (b), pemindahan kredit boleh dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai sumbangan / khidmat kemasyarakatan yang luar biasa / tinggi dalam bidang Ko-Kurikulum.
  4. Kursus-kursus yang digunakan untuk memohon pemindahan kredit hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi LIMA (5) tahun dari tarikh permohonan.

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat kursus yang gagal dalam satu-satu semester pengajian?

Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus wajib atau elektif hendaklah menebus (mengambil semula) dengan cara mengulangi kursus tersebut sehingga lulus.

Apakah gred lulus bagi satu-satu kursus?

Gred lulus untuk satu-satu kursus adalah A hingga C.

Apakah kesan sekiranya tidak menghadiri pertemuan kursus?

Pelajar akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir sekiranya tidak memberi sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah kuliah dan tutorial.

Apakah sistem penilaian yang dilakukan bagi kursus yang dijalankan?

Pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan senat.  Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik.

Bagaimanakah caranya sekiranya pelajar semester akhir yang belum melengkapkan kurikulum tetapi kursus tidak ditawarkan bagi membolehkan pelajar tersebut memohon pengijazahan?

Pelajar boleh mengemukakan permohonan kepada PJJ PACE UUM  bagi mendapatkan kelulusan penawaran kursus tersebut pada semester berkenaan.

  1. Bagaimana pelajar program sepenuh masa mohon pertukaran ke Pengajian Separuh Masa jika program beliau tidak ditawarkan secara separuh masa?

Pelajar dikehendaki menukar kepada program yang sedia ada ditawarkan secara separuh masa di PJJ PACE UUM sebelum memohon pertukaran status pengajian.

Jom Daftar Kemasukan Julai 2021/2022

PENANGGUHAN PENGAJIAN

  1. Penangguhan pengajian boleh dibuat atas sebab-sebab yang munasabah seperti berikut:
    1. Sebab kesihatan
    1. Sebab peribadi
    1. Tindakan tatatertib

Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama DUA (2) semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih daripada EMPAT (4) semester secara berterusan, pelajar hendaklah mendapat kelulusan PACE UUM bagi menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk meneruskan pengajian atau menarik diri daripada pengajian.

PACE UUM
  • Pelajar yang disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan boleh memohon kepada Pengerusi PJJ PACE UUM untuk menangguhkan pengajian pada semester berkenaan.
  • Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain daripada sebab-sebab kesihatan. Permohonan ini hendaklah dibuat EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan.

Tempoh penangguhan tidak diambil kira sebagai semester yang telah digunakan bagi kes berikut:

  1. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti atas sebab kesihatan,
  2. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti kerana dikenakan tindakan tatatertib
  3. Pelajar yang ditangguhkan pengajian atas sebab kepentingan negara,

PEPERIKSAAN 

  1. Apakah cara yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya tidak dapat menghadiri peperiksaan?

Pelajar boleh memohon untuk menduduki Peperiksaan Gantian. Peperiksaan Gantian hanya akan diadakan sekiranya pelajar disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan atau menjalankan tugas rasmi yang tidak dapat dielakkan dan mendapat kelulusan pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan akhir dijalankan.

  1. Apakah kriteria yang melayakkan Menduduki Peperiksaan Khas?

Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kriteria berikut:-

  1. Pelajar semester akhir yang mendapat status LULUS tetapi gagal satu mata pelajaran dalam semester terakhir; atau
  2. Pelajar semester akhir yang LULUS tetapi Purata Mata Gred Keseluruhan bagi Teras Program kurang daripada 2.00.

  1. Bolehkah semakan markah dilakukan sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan?

Boleh, dengan syarat pelajar hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Semak Semula kepada PACE dalam tempoh dua (2) minggu selepes keputusan diperolehi beserta bayaran sebanyak RM75.00 bagi setiap kursus untuk proses selanjutnya.  dengan kadar yuran yang ditetapkan.

  1. Apakah prosedur sekiranya pelajar memohon pertukaran pusat peperiksaan?

Memaklumkan secara bertulis kepada PJJ PACE UUM  untuk tindakan selanjutnya dalam tarikh permohonan ditetapkan.

Graduan UUM
Majlis Konvokesyen UUM

PENGIJAZAHAN

  1. Apakah syarat yang membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian ?

Pelajar boleh dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian jika telah memenuhi syarat seperti :-memenuhi semua kehendak syarat pengajian

Telah mencapai PMK sekurang-kurangnya 2.00 hingga 4.00

Telah mencapai PMK sekurang-kurangnya 2.00 hingga 4.00 bagi kursus Teras Program

Lulus dan mencapai sekurang-kurangnya matagred 1.00 bagi semua kursus yang diambil kecuali kursus yang diambil secara Audit.

HEA UUM

2. Bagaimanakah cara menyemak status penganugerahan?

Pelajar boleh menyemak status pengijazahan melalui laman sesawang di alamat www.pace.uum.edu.my

Pusat Pembelajaran UUM KL
Pusat Pembelajaran PACE KL

KEWANGAN

  1. Bolehkah pembayaran yuran dibuat secara ansuran?

Boleh, pelajar boleh membayar yuran secara ansuran pada bila-bila masa. PJJ PACE UUM tidak menetapkan tempoh pembayaran yuran bagi setiap semester.

  1. Apakah tindakan yang dikenakan sekiranya pelajar masih mempunyai tunggakan yuran pengajian?

Pelajar tidak dikenakan denda, tetapi pelajar tidak dibenarkan membuat semakan keputusan peperiksaan. Sekiranya pelajar memiliki tunggakan yuran lebih dari RM2300 pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus bagi semester hadapan.

  1. Bagaimanakah prosedur permohonan pinjaman kewangan daripada Institusi Kewangan?

Permohonan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Adakah boleh pelajar membuat pengeluaran KWSP bagi menjelaskan yuran pengajian?

Boleh. Permohonan pengeluaran KWSP perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Adakah pinjaman PTPTN boleh dibuat?

Pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN. Permohonan pinjaman PTPTN perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Bilakah permohonan PTPTN akan dibuka?

Permohonan PTPTN dibuka dua (2) kali setahun untuk PJJ PACE UUM iaitu :-

  1. Bulan Mac : 1 Mac hingga 30 April
  2. Bulan September : 1 September hingga 31 Oktober