Virtual Open Day 2022

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM akan menganjurkan program Webinar – Virtual Open Day bagi sesi 3.0 bagi memberi peluang lebih ramai lagi masyarakat Malaysia untuk menyambung Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Program-Program Sarjana Muda dan Sarjan di UUM. 3 orang panel daripada PACE UUM yang bersama-sama anda untuk memberikan penerangan dengan lebih terperinci bagi setiap program yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master). Di antara ahli panel adalah Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir, Prof Madya Dr Rozita binti Abdul Mutalib dan Dr Mawarny binti Md Rejab.

Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir – Pengurus Besar

Dr Mohd Herry bin Mohd Nasir selaku Pengurus Besar akan menerangkan tentang polisi pendaftaran, pembayaran yuran yang fleksibel dan permohonan pembiayaan PTPTN dan KWSP. Selain itu, peserta program VOD 3.0 boleh berinteraksi dengan semua panel-panel yang akan mewakili untuk bahagian Akademik bagi Program Sarjana Muda dan Sarjana.

Hadiah yang Menarik Menanti Anda yang Bertuah

Untuk menyertai program Webinar VOD 3.o, peserta boleh mendaftar dengan PERCUMA di link di sediakan di bawah. Apabila peserta mendaftar, mereka akan diberikan link khas untuk menyertai webinar ini. Selain itu, hadiah-hadiah yang menarik sesi Cabutan Bertuah akan menanti anda di akhir program ini.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
Program PJJ UUM menjadi pilihan utama warga kerja di swasta dan kerajaan

Hari Terbuka Virtual PACE UUM

πŸ“ VIRTUAL OPEN DAY 3.0 πŸ“
πŸ“† 20 MAC 2022 (AHAD)
⏰ 10:00 PAGI
πŸ’» Platform : Cisco Webex
πŸ’» Pendaftaran PERCUMA

Anda ingin melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi Pengajian Sarjana Muda dan Pengajian Sarjana tetapi tidak tahu bagaimana ? Ayuh sertai kami ! Dengarkan taklimat khas daripada panel-panel kami dan semestinya kami akan memudahkan urusan anda.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
PJJ UUM terbaik di Malaysia

Program PJJ UUM bagi program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan bagi sesi kemasukan APRIL 2022/2023 adalah seperti berikut:

  1. Ijazah  Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)] – Semua pusat – 5  Tahun
  2. Ijazah  Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)] – Main  Campus UUM & KL – 5 Β½ Tahun
  3. Ijazah  Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)] – Main campus Sintok  & KL – 5 Β½ Tahun
  4. Ijazah  Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)] –  KL – 5 Β½ Tahun
  5. Ijazah  Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)] – KL  – 5 tahun

BERIKUT adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.

  1. Pengambilan  Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
  2. Semua  program mendapat pengiktirafan penuh akreditasi MQA dan JPA
  3. Pertemuan  kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang  berpengalaman.
  4. Kuliah  akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
  5. Modul  bercetak yang komprehensif dalam bahasa Malaysia.
  6. Pembayaran  yuran yang Fleksibel
  7. Boleh memohon PTPTN / KWSP
  8. UUM kini mempunyai 13 pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ 

Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berikut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj

Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/

Maklumat lanjut hubungi Perunding Akademik kami seperti berikut

https://wa.me/60195906855

https://wa.me/60195908544

https://wa.me/60194278189

Laman web rasmi: https://pjj.paceuum.my/

ππ„πŒπ„π†π€ππ† π…π‘π€ππ‚π€πˆπ’ πŒπ€π‘π‘π˜ππ‘πŽπ–π π‰π€πƒπˆ 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀 ππŽπ‹π„π‡

β€œIjazah bukan jaminan untuk mendapat kerja dan memiliki ilmu sahaja juga tidak cukup untuk meletakkan kita di tempat yang tinggi,” kata pemegang francais restoran makanan segera, Marrybrown, Norharizan Hussain.

Panel bagi program “Alumni Talk 2022”

Beliau yang merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan berkata, untuk berjaya dan mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan, pencari kerja perlu memiliki kriteria seperti rajin berusaha untuk maju, disiplin, tidak malu bertanya, kuat fizikal dan mental, profesional, berintegriti, bijak komunikasi dan menganggap syarikat seperti milik sendiri.

Menurutnya, semua graduan berharap untuk mendapat pekerjaan yang dapat menjamin masa hadapan namun dalam keadaan pandemik Covid-19 yang tidak menentu meletakkan mereka dalam situasi sukar untuk mendapat kerja.

β€œApa yang mereka boleh lakukan ialah bijak merebut peluang, tingkatkan kemahiran diri, kuasai pelbagai bahasa, mempunyai mentor, seimbangkan hidup dari segi sosial dengan masyarakat dan penuhi tuntutan agama, Insya-Allah rezeki akan datang.”

Selain itu, seawal berada di universiti juga pelajar sudah boleh berjinak-jinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Hari ini kita melihat perkembangan pesat ekonomi digital misalnya Food Panda, MauTapau dan Grab Food yang semakin diceburi anak muda,” katanya yang menerima ijazah pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-33 UUM.

Norharizan berkata, sebagai majikan juga, beliau telah merancang pelbagai strategi dan program untuk melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan termasuk melayan dan menyayangi semua pekerja seperti anak-anak sendiri. Bercerita tentang permulaan menjalankan perniagaan, anak kelahiran Alor Setar itu berkata, beliau minat berniaga sejak usia muda lagi meskipun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.

>

Menurutnya, dari Kedah beliau sanggup berhijrah ke Johor untuk mengikut latihan sebagai ahli pasukan sokongan Marrybrown, selain terlibat dengan pembukaan cawangan Marrybrown yang baharu termasuk outlet pertama pada 1981 di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Kecekalan beliau itu membolehkan Norharizan menjadi francaisi dengan memiliki dua cawangan Marrybrown di Souq Al-Bukhary dan Star Parade di Alor Setar yang diusahakan sejak 16 tahun lalu. Bagi melengkapkan lagi impiannya menjadi ahli perniagaan berilmu, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi walaupun telah memiliki ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan pada usia 50 dan ijazah sarjana di usia 52.

“Kini saya sedang mengatur untuk mengambil ijazah Doktor Falsafah dan pada masa sama melakukan kerja komuniti sebagai pulangan kepada masyarakat.”Terlalu banyak kenangan manis yang dikecapi sepanjang tempoh pengajian di UUM yang menuntut pengorbanan cukup tinggi untuk mendapat segulung ijazah.

β€œBanyak cabaran sebenarnya semasa belajar tetapi dengan berkat usaha tanpa mengenal erti penat, doa dan mendapat pensyarah yang berpengetahuan luas, saya dapat mengatasinya dengan pertolongan Allah yang memberi jalan keluar yang sungguh menakjubkan,” katanya. Beliau telah menerima ijazah yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

GRADUAN UUM BAWA GAMBAR ARWAH BAPA MASA KONVO

Sintok – Graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi  Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Hamzan Mohd Saimi, 26 yang menghadiri Konvokesyen ke-33 Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 16 Mac 2022 membawa bersama gambar arwah bapanya untuk menyaksikan konvokesyennya.

Bapanya Mohd Saimi meninggal dunia pada 16 Januari 2021 dan tidak sempat menyaksikan konvoksyen anak sulungnya itu. Muhammad Hamzan yang ditemani ibunya Mazlina Che Ismail 46 mendapat kejutan apabila Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman Abdullah berjumpa dan memberi semangat kepadanya selepas melihat gambarnya dalam facebook memakai jubah dikubor bapanya di Pondok Sipol To’ Uban Pasir Mas Kelantan.

Majlis Konvokesyen ke-33 akan diadakan pada 13 hingga 19 Mac 2022 

β€œ Sikap terpuji terutama menghargai ibu bapa dan ingin melihat kehadiran mereka terutama semasa konvokesyen pastinya dinantikan oleh semua anak-anak tetapi Allah lebih sayangi orang tua Hamzan dan bersabarlah,” kata Prof Dr Haim Hilman.

Beliau berharap Muhammad Hamzan dapat teruskan usaha agar membanggakan keluarga termasuk melanjutkan pengajian lebih tinggi lagi. Sementara itu Muhammad Hamzan yang ditemui berkata, walaupun bapanya berhasrat untuk melihat anaknya dipentas konvokesyen namun akibat COVID-19 dia hanya mendapat ijazah melalui pos laju yang diterima melalui posmen.

β€œ Papa gembira kerana akhirnya saya dapat menamatkan pengajian di universiti apabila melihat ijazah itu,” katanya lagi.

Namun selepas UUM memaklumkan Majlis Konvokesyen ke-33 akan diadakan pada 13 hingga 19 Mac 2022 maka terdetik dihatinya wajah bapanya itu dan terpaksa mencetak serta membawanya ke UUM.

Sebaik sahaja menerima jubah melalui pos Muhammad Hamzan menyarung dan terus kekubor untuk memaklumkan kepada bapanya β€œAlhamdulillah Abang Dah Konvo Papa.. Terima Kasih Atas Segalanya..Semoga Tenang Disana, ”.

β€œ Kita hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya arwah bapa telah meninggal dan tidak sempat melihat konvokesyen yang saya hadiri pada hari ini namun ibu dan adik menemani saya,” ujarnya lagi.

Pada 25 Disember 2020 lalu Muhammad Hamzan sempat berswafoto dengan posmen dan bergambar kenangan dengan arwah bapanya setelah menerima Ijazah yang diterima melalui pos.