PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) UUM

Pendidikan Jarak Jauh UUM Terbaik di Malaysia

Tentang Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan seiring dengan Agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020. Pelan ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat peluang pendidikan tanpa mengira peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajaran.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Korea Selatan, PSH dijadikan elemen pendidikan untuk melahirkan modal insan relevan dengan kehendak industri. Bagi mencapai status negara maju, PSH menjadi salah satu pemangkin kerajaan untuk mencapai status ekonomi penduduk berpendapatan tinggi. 

Walau bagaimanapun, PSH ini tidak akan dapat direalisasikan dengan sistem pendidikan sedia ada akibat daripada pelbagai kekangan terutamanya dalam kalangan mereka yang telah pun berkerjaya. Justeru itu, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah diperkenalkan dan ditawarkan oleh beberapa buah universiti awam dan swasta bagi menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia terutamanya yang bekerja untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi 

 

Antara tujuan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang diperkenal adalah:

  • Membuka peluang kepada mana-mana individu untuk meningkatkan taraf pendidikan
  • Memberi peluang kepada golongan dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah 
  • Menawarkan pendidikan lebih tinggi kepada penduduk di kawasan luar bandar
  • Meningkatkan dan melahirkan lebih ramai pekerja terlatih yang berpendidikan tinggi
  • Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dibawah sektor kerajaan atau swasta

Senarai Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM yang Ditawarkan 

Sebanyak 6 program PJJ telah ditawarkan oleh UUM merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Semua program pengajian telah menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Walau bagaimanapun, program pengajian PJJ yang ditawarkan di UUM menfokuskan kepada keperluan industri semasa. Ini bermakna, hanya program pengajian yang relevan dengan permintaan industri sahaja akan ditawarkan sekaligus menunjukkan bahawa, program pengajian tersebut mempunyai potensi kerja yang luas dan diperlukan oleh majikan di luar sana. Berikut dikongsikan senarai keseluruhan program pengajian PJJ yang ditawarkan di UUM:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
  6. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat [BMA(Hons)]
Syarat Kelayakan untuk Memohon Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

 

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti syarat berikut:
i.       Lulus SPM / setaraf dengannya
ii.      Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia; DAN
iii.     Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ setaraf;
iv.     Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas
v.      Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (iii dan iv) di atas.
 
Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
i.     Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN
ii.    Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
iii.    Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN
iv.     Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:
           a.  PNGK 2.0; DAN
           b.  Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Pengajiaan Am/ Kertas Am; DAN Gred C (NGMP 2.00) bagi bagi dua(2) mata pelajaran lain
 
Bagi calon yang mempunyai kelulusan Diploma atau setarafnya, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
i. Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN
ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
iii. Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN
iv. Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:
        a. Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat Universiti
        b. MQA dan direkodkan dalam MQR ; ATAU
v. Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU
vi. Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan