Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL)

Dalam Garis Panduan ini, APEL didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit. Secara umumnya, proses APEL melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman, termasuk mana-mana yang masih belum dinilai atau dianugerahkan kredit sebelumnya.
Pembelajaran ini berkemungkinan diperoleh melalui kaedah formal, bukan formal dan tidak formal, termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi dan pengalaman keluarga.
Antara contoh-contoh pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang relevan yang diperolehi melalui:

 • pengalaman kerja: sepenuh masa, separuh masa ataupun sambilan;

• kerja sukarela dan kemasyarakatan;

• tanggungjawab keluarga;

• hobi atau kegiatan waktu lapang;

• melatih dan membimbing orang lain;

• menghadiri dan menyertai seminar, persidangan dan bengkel;

• menghadiri kursus jangka pendek;

• kefasihan dalam bahasa-bahasa lain;

• pengajian persendirian dan penyelidikan; dan

 
APEL

APEL telah dikenal pasti sebagai alat yang berpengaruh untuk membawa orang ramai ke dalam sistem pembelajaran – ia menjamin mereka bahawa mereka tidak perlu bermula tanpa sebarang asas dan kemahiran yang telah mereka miliki adalah berharga. Hasil Penyelidikan telah membuktikan bahawa APEL mempunyai banyak faedah kepada pelbagai pihak yang berkepentingan, iaitu para pelajar, institusi, pihak majikan serta negara.

Kriteria Kemasukan

Pemohon hendaklah mematuhi kriteria kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti yang berikut:

Program di Peringkat Sijil
Calon hendaklah berumur 19 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.


Program di Peringkat Diploma
Calon hendaklah berumur 20 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.


Program di Peringkat Ijazah Pertama
Calon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Ijazah Sarjana
Calon hendaklah berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM / diploma / setara (sebagai contoh, asasi) dengan pengalaman kerja yang berkaitan.

Program di Peringkat Kedoktoran
Calon hendaklah berumur 35 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Pertama dalam bidang yang berkaitan atau setara, dengan 5 tahun pengalaman kerja yang berkaitan.

APEL(A) PACE UUM
MUAT TURUN BROSUR

CARA PEMBAYARAN  YURAN PENILAIAN APEL (A):

  • Yuran APEL (A) 6 = RM250
  • Yuran APEL (A) 7 = RM370
  • Pembayaran boleh dibuat di mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip deposit tunai/deposit cek/pembayaran bil ke akaun :

Nama Akaun : UNIUTAMA EDUCATION AND CONSULTANCY SDN. BHD. (UECSB)

No. Akaun     : 02093010007784

Rujukan         : Penilaian APEL T6 / T7

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

  • Pengurus : Dr. Amirul Faiz /En. Mohd Shah Rizal Md. Akhir
  • Telefon: 04-9284641 / 04-9284619 / 04-9284625

Bayaran Wang Proses

Borang yang telah lengkap diisi dilampirkan bersama sijil akademik yang telah disahkan & wang pos atau internet banking berjumlah RM100.00
Bayaran Kepada: Uniutama Consultancy and Education 
Akaun Bank Islam:  02093010007784
Pembayaran Yang lebih MUDAH melalui iPay88 melalui link berikut:
Pembayaran Wang Proses – Uniutama Consultancy and Education
  1. Langkah Pertama – Klik Link LMS IPAY88. Klik Butang “Proceed Here”

2. Langkah KEDUA – Klik butang “Proceed to checkout”

3. Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Pemohon – Nama, Alamat, Email, No telefon, cipta Usernama 

& Password. Taip dekat ruangan Notes- “Yuran Proses Permohonan PJJ”.  Seterusnya, Klik “Place order”

 

4. Langkah 4: Tandakan (/) pada kotak – I have read and agreed to the website terms and conditions.

 Klik pada “Place Order”

5. Langkah 5: Pilih Cara Pembayaran samada menggunakan Kad Kredit, E-Wallet atau Online Banking.

Seterusnya tekan butang “Proceed” untuk transaksi seterusnya.