BCIM
financial-planning
financial-planning1

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Dengan Kepujian [BCIM(Hons)]

Struktur Program

Program ini terdiri daripada EMPAT (4) komponen utama: Teras Universiti, Teras Program, Minor & Elektif Bebas.

Jam Kredit

Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus minimum 124 JAM KREDIT. Pelajar dibenarkan untuk mengambil jam kredit sebanyak 25 jam kredit /setahun.

Tempoh Pengajian

Jangkamasa adalah selama 11 semester/5 tahun setengah (minimum) hingga 20 semester/10 tahun (maksimum).

PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA DAN BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN
Mohon sekarang
SYARAT KEMASUKAN / PERMOHONAN

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia seperti syarat berikut:

  1. Lulus SPM/Setaraf dengannya
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; DAN
  3. Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ Setaraf;
  4. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
  5. Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (3 & 4) di atas.
Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
  • Lulus SPM/Setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang – kurangnya:
    1. PNGK 2.0; DAN
    2. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am/ Kertas Am; DAN
    3. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain
Bagi calon yang mempunyai kelulusan DIPLOMA, syarat-syarat adalah seperti berikut:
  • Mempunyai Diploma yang setaraf dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UUM ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; ATAU
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan Senat UUM; DAN
  1. Lulus SPM/setaraf dengannya; DAN
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM; DAN
  3. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Ekonomi/ Perdagangan di peringkat SPM/setaraf.
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Dengan Kepujian [BCIM (Hons)] terdiri daripada EMPAT (4) komponen seperti berikut:
    • Teras Universiti
    • Teras Program
    • Minor
    • Elektif Bebas
MOHON SEKARANG!!!
  1. Isi borang di SINI dan cetak borang slip permohonan.
  2. Sebelum Permohonan di buat secara “online”, setiap calon perlu membayar WANG PROSES sebanyak RM100.
  3. Anda boleh membuat pembayaran YURAN PROSES dengan klik link Bayar Wang Proses
  4. Muatnaik semua dokumen-dokumen yang berkaitan di Online Application :
    • Slip bayaran wang proses / resit
    • Salinan sijil-sijil yang berkaitan (SPM / STPM /DIPLOMA).
Alamat:
Unit Kemasukan PJJ UUM
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok
Kedah Darul Aman.
Program Sarjana Muda PJJ Terbaik di Malaysia

Pohon Sekarang Bagi Kemasukan 2021/22

Permohonan untuk Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dibuka sepanjang masa bagi kemasukan Januari, April, Julai dan Oktober.