PJJ UUM Terbaik

PJJ UUM PILIHAN UTAMA

Mengapa perlu memilih Program PJJ UUM?

PEMBELAJARAN FLEKSIBILITI

Dengan sistem pembelajaran yang fleksibel, pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa.

PEMINDAHAN KREDIT

Pelajar daripada program Diploma boleh memohon pemindahan kredit ke program PJJ. Perolehi ijazah yang diimpikan dalam tempoh yang lebih singkat

PENGALAMAN BEKERJA

Lepasan SPM boleh memohon untuk kemasukan ke program PJJ berdasarkan pengalaman kerja selama 3 tahun

KAMI BERADA DI MANA-MANA

Dapatkan maklumat dan khidmat nasihat tentang peluang menyambung pengajian anda di pusat pembelajaran yang terdekat.

KEMASUKAN FLEKSIBEL MELALUI APEL

Gunakan pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu untuk kemasukan ke sarjana muda dan sarjana (master)

YURAN YANG BERPATUTAN

Jumlah Yuran Pengajian yang berpatutan dan kemudahan pembiayaan daripada PTPTN, KWSP, JPA dan Institusi Perbankan

1

Sistem Modul 

Penggunaan Modul BM

 

2

Kelas Bersemuka

Pengajaran secara F2F

 

3

Pensyarah IPTA

Pensyarah yang kompeten

 

Proses Pembelajaran & Pengajaran

Pertemuan secara Bulanan

Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima.

Pengajaran Bersemuka

Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah dapat membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik

Sistem Penilaian yang Telus

Pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik.

Pusat Pembelajaran PACE UUM

Pusat Pembelajaran PACE UUM terdiri daripada 14 Pusat di seluruh Malaysia iaitu Kampus Utama UUM Sintok, Pulau Langkawi, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bahru, Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu dan Tawau.

Sistem PMK

Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester. Pada semester akhir anda hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.

Tempoh Pengajian PJJ

Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum).Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).

porgam pjj uum
Apa kata Pelajar-pelajar di Pusat Pembelajaran
  • Kuala Lumpur
  • Kuantan, Pahang
  • Kota Kinabalu, Sabah
  • Ipoh, Perak
Tentang Program PJJ UUM ???
"PJJ UUM menyediakan pembelajaran fleksible dan pensyarah yang sangat berpengalaman. Pembayaran yuran secara bulanan dan kelas hujung minggu dua kali sebulan amat membantu saya dalam merancang masa untuk belajar.”
kenapa pilih PJJ UUM
Tan Chee Yang - BBA
Pelajar PJJ UUM KL
Sangat sesuai bagi yang bekerja. Lecturer pun sangat membantu biarpun sekarang belajar melalui online. Hanya 5 pertemuan termasuk peperiksaan akhir bagi setiap semester.
Harni - BPM
Pelajar PJJ Kota Kinabalu
Saya merupakan pelajar semester 4 UUM PJJ Kuantan Pahang dan bekerja sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ Malaysia, merasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Pace UUM. Program Pengajian Jarak Jauh yang di sediakan oleh Pace UUM merupakan satu platform yang terbaik untuk merealisasikan impian saya & semua rakan-rakan yang ingin belajar sambil bekerja. Faktor usia juga bukan penghalang bagi sesiapa yang ingin berjaya disamping dapat meningkatkan peluang kerjaya di tempat kerja. Semoga lebih ramai lagi rakan-rakan lain diluar sana turut serta belajar di Pace UUM.. Semoga kita semua terus succes dalam pelajaran & pekerjaan..
pjj uum
Nurul Murni Bt. Mohammad Nor - BPM
Pelajar PJJ Kuantan
Program PJJ ni sangat bagus dan membantu saya meningkatkan keyakinan saya dalam segala bentuk aspek kehidupan seharian. PJJ juga membuat kan ilmu pengetahuan saya bertambah dan juga memberi saya pendedahan dalam ilmu pengurusan yg lebih efisen untuk peningkatan kerjaya saya Di masa akan datang. Saya juga telah mengajak seberapa ramai rakan sekerja saya untuk sama-sama terus belajar kerana kita setiap hari dalam kehidupan ini kita belajar, ilmu tidak akan hadir tanpa kita ada sifat ingin tahu ingin beljar dan ingin berubah lebih baik daripada hari semalam. Terima kasih Kepada Pihak PACE UUM kerana dengan ada ya program sebegini saya dapat meneruskan pembelajaran saya walaupun sibuk dengan kerja harian. Bagi saya orang kata payah jika bekerja sambil belajar. Itu semua adalah alasan yang dicipta bagi orang yang malas dan tiada keinginan untuk berubah dalam jehidupannya. Kerana belajar itu bermula dari kita lahir sehingga ph terhenti apabila kita telah meninggalkan dunia ini. Terima kasih PACE UUM.
Ahmad Azlan Bin Saidi
Ahmad Azlan Bin Saidi - BPM
Pelajar PJJ Kuantan

Apa Tunggu Lagi. Sudah TERBUKTI Program PJJ adalah yang TERBAIK di Malaysia. Jom Sertai Program PJJ UUM. Daftar SEGERA bagi Kemasukan OKTOBER 2021/22.

PJJ UUM PILIHAN UTAMA

Syarat-syarat Kemasukan ke Program PJJ UUM

Sebelum membuat pendaftaran, sila pastikan anda telah MEMENUHI SYARAT-SYARAT kelayakan bagi program-program yang ditawarkan.

SYARAT KEMASUKAN

SPM

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti syarat berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengannya
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia; DAN
  • Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ setaraf;
  • Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas
  • Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (iii dan iv) di atas.

STPM

Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa melayu); DAN
  • Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya:
  • PNGK 2.0; DAN
  • Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Pengajiaan Am/ Kertas Am; DAN
  • Gred C (NGMP 2.00) bagi dua(2) mata pelajaran lain

DIPLOMA / STAM/ MATRIKULASI

Bagi calon yang mempunyai kelulusan Diploma/STAM/Matrikulasi, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa melayu); DAN
  • Lulus salah satu mata pelajaran Matematik/Matematik Tambhan/ Perdagangan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas di peringkat SPM; DAN
  • Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:
  • Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat Universiti
  • MQA dan direkodkan dalam MQR ; ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan

VOKASIONAL MALAYSIA

Memiliki kelulusan Diploma/DVM atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:

  • Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
  • MQA dan direkodkan dalam MQR

APEL

Syarat kelayakan masuk melalui APEL adalah seperti berikut:

  • Lulus penilaian APEL yang dilaksanakan oleh MQA
  • Mematuhi kriteria kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6,MQF) yang ditetapkan oleh KPM iaitu:
  • Calon hendaklah warganegara berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Sebelum Permohonan di buat secara “online”, setiap calon perlu membayar WANG PROSES sebanyak RM100. Anda boleh membuat pembayaran YURAN PROSES dengan klik link di bawah:
BAYAR WANG PROSES

onpay
Step 3

Daftar SEKARANG bagi kemasukan OKTOBER 2021/22. Klik BUTANG Daftar dibawah untuk pendaftaran secara online

Program PJJ TERBAIK di Malaysia
Usia Bukan Penghalang Kejayaan
Nak belajar ke Universiti tetapi ada SPM !!!!!! Dengar Video ini