Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Majlis Ikrar Pelajar PJJ UUM
financial-planning
financial-planning1

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian [BBA (Hons)]

Struktur Program

Program ini terdiri daripada ENAM (6) komponen: Teras Universiti, Teras Program, Keperluan Bahasa, Minor, Elektif Program & Elektif Bebas

Jam Kredit

Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus minimum 129 JAM KREDIT. Pelajar dibenarkan untuk mengambil jam kredit sebanyak 25 jam kredit /setahun.

Tempoh Pengajian

Jangkamasa adalah selama 11 semester/5 tahun setengah (minimum) hingga 20 semester/10 tahun (maksimum).

PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA DAN BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN
Mohon sekarang
SYARAT KEMASUKAN / PERMOHONAN

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia seperti syarat berikut:

  1. Lulus SPM/Setaraf dengannya
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; DAN
  3. Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ Setaraf;
  4. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
  5. Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (3 & 4) di atas.

Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM/Setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang – kurangnya:
    1. PNGK 2.0; DAN
    2. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am/ Kertas Am; DAN
    3. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain

Bagi calon yang mempunyai kelulusan DIPLOMA, syarat-syarat adalah seperti berikut:

  • Mempunyai Diploma yang setaraf dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UUM ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; ATAU
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan Senat UUM; DAN
  1. Lulus SPM/setaraf dengannya; DAN
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM; DAN
  3. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Ekonomi/ Perdagangan di peringkat SPM/setaraf.

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan  dengan kepujian [BBA (Hons)] terdiri daripada ENAM (6) komponen seperti berikut:

    • Teras Universiti
    • Teras Program
    • Keperluan Bahasa
    • Minor
    • Elektif Program
    • Elektif Bebas

MOHON SEKARANG!!!

  1. Isi borang di SINI dan cetak borang slip permohonan.
  2. Sebelum Permohonan di buat secara “online”, setiap calon perlu membayar WANG PROSES sebanyak RM100.
  3. Anda boleh membuat pembayaran YURAN PROSES dengan klik link Bayar Wang Proses
  4. Muatnaik semua dokumen-dokumen yang berkaitan di Online Application :
    • Slip bayaran wang proses / resit
    • Salinan sijil-sijil yang berkaitan (SPM / STPM /DIPLOMA).
Alamat:

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK,

KEDAH DARUL AMAN

buku panduan akademik ijazah Sarjana muda pentadbiran perniagaan [bba (hons)]

  1. Buku Panduan Akademik Program Pentadbiran Perniagaan  dengan Kepujian [BBA (Hons)]
Program Sarjana Muda PJJ UUM Terbaik di Malaysia

Pohon Sekarang Bagi Kemasukan 2021/22

Permohonan untuk Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dibuka sepanjang masa bagi kemasukan Januari, April, Julai dan Oktober.

9 thoughts on “Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan”

  1. Please submit your application as soon as possible. Please submit your application at online application. Thank you for your interest

    1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
      Terima kasih di atas pertanyaan anda. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas minat tuan/puan terhadap program PJJ UUM. Untuk makluman pengambilan April 2021 sudah dibuka.
      Untuk makluman, Program Pendidikan Jarak Jauh UUM bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
      2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
      3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
      4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
      5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
      6. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat [BMA(Hons)]
      Berikut adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.
      • Pengambilan Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
      • Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang berpengalaman.
      • Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
      • Modul bercetak yang komprehensif dalam bahasa Malaysia.
      UUM kini mempunyai 14 pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:
      1. Pusat Pembelajaran UUM, Sintok, Kedah
      2. Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
      3. Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
      4. Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
      5. Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
      6. Pusat Pembelajaran Kelana Jaya, Selangor
      7. Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
      8. Pusat Pembelajaran Melaka
      9. Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
      10. Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
      11. Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
      12. Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
      13. Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak
      14. Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
      15. Pusat Pembelajaran Tawau, Sabah
      16. Pusat Pembelajaran Sandakan, Sabah
      Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berilut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj
      Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/
      Maklumat lanjut hubungi Pegawai Pemasaran Cik Zulaikha 013-534 3636 atau Encik Asly / Cik Nurul : 019-590 6855 atau 04-928 4617. Sekian terima kasih. Laman Web Rasmi: http://pjj.paceuum.my/

  2. Hi, saya baru mula bekerja start September 2020. Bolehkah saya lanjutkan pelajaran dengan pjj? Saya ada terima Surat tawaran di email. Terima kasih

    1. Jumlah Yuran Keseluruhan Bagi Prorgram BBA adalah : RM20,563 dan pelajar perlu mengambil sebanyak 129 jam kredit / 11 semester.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *