Sarjana Muda Pengurusan Awam

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
financial-planning
financial-planning1

Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian [BPM (Hons)]

Struktur Program

Program ini dijalankan secara mode Pengajian Jarak Jauh (Separuh Masa).

Jam Kredit

Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus minimum 125 JAM KREDIT.

Tempoh Pengajian

Jangkamasa belajar adalah selama 10 semester/5 tahun (minimum) hingga 20 semester/10 tahun (maksimum).

PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA DAN BOLEH DIBUAT SECARA DALAM TALIAN.
Mohon sekarang!

SYARAT KEMASUKKAN / PERMOHONAN

Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja serta mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia seperti syarat berikut:

  1. Lulus SPM/Setaraf dengannya
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; DAN
  3. Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain di peringkat SPM/ Setaraf;
  4. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan
  5. Lulus ujian pra-kelayakan yang akan dijalankan oleh pihak UUM jika tidak memenuhi syarat (3 & 4) di atas.

Bagi calon yang mempunyai kelulusan STPM, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM/Setaraf dengan baik; DAN
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf. (Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C bagi Bahasa Melayu); DAN
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi di peringkat SPM; DAN
  • Lulus dengan sekali (1) peperiksaan STPM dengan sekurang – kurangnya:
    1. PNGK 2.0; DAN
    2. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am/ Kertas Am; DAN
    3. Gred C (NGMP 2.00) dua (2) mata pelajaran lain

Bagi calon yang mempunyai kelulusan DIPLOMA, syarat-syarat adalah seperti berikut:

  • Mempunyai Diploma yang setaraf dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat UUM ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam 3 mata pelajaran pengkhususan ATAU
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid (Gred 2.00) Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ; ATAU
  • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan Senat UUM; DAN
  1. Lulus SPM/setaraf dengannya; DAN
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM; DAN
  3. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/ Ekonomi/ Perdagangan di peringkat SPM/setaraf.

Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan kepujian [BPM (Hons)] terdiri daripada LIMA (5) komponen seperti berikut

  • Teras Universiti
  • Teras Program
  • Minor
  • Elektif Program
  • Elektif Bebas

MOHON SEKARANG!!!

  1. Isi borang di SINI dan cetak borang slip permohonan.
  2. Muatnaik semua dokumen-dokumen yang berkaitan di Online Application :
  • Slip bayaran wang proses / resit
  • Salinan sijil-sijil yang berkaitan (SPM / STPM /DIPLOMA).
  • Sebelum Permohonan di buat secara “online”, setiap calon perlu membayar WANG PROSES sebanyak RM100. Anda boleh membuat pembayaran YURAN PROSES dengan klik link Bayar Wang Proses
Alamat:

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK,

BUKU PANDUAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA MUDA PENgurusan awam [Bpm (HONS)]

  1. Buku Panduan Akademik Program Pengurusan Awam  dengan Kepujian [BPM (Hons)]
Program Sarjana Muda PJJ UUM Terbaik Di Malaysia

Pohon Sekarang Bagi Kemasukan 2021/22

Permohonan untuk Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dibuka sepanjang masa bagi kemasukan Januari, April, Julai dan Oktober.

17 thoughts on “Sarjana Muda Pengurusan Awam”

    1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
      Terima kasih di atas pertanyaan anda. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas minat tuan/puan terhadap program PJJ UUM. Untuk makluman pengambilan April 2021 sudah dibuka.
      Untuk makluman, Program Pendidikan Jarak Jauh UUM bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
      1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
      2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
      3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
      4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
      5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
      6. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat [BMA(Hons)]
      Berikut adalah KELEBIHAN program PJJ UUM.
      • Pengambilan Pelajar 4 kali setahun – Januari , April, Julai dan Oktober
      • Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester dengan pensyarah IPTA yang berpengalaman.
      • Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
      • Modul bercetak yang komprehensif dalam bahasa Malaysia.
      UUM kini mempunyai 14 pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:
      1. Pusat Pembelajaran UUM, Sintok, Kedah
      2. Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
      3. Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
      4. Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
      5. Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
      6. Pusat Pembelajaran Kelana Jaya, Selangor
      7. Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
      8. Pusat Pembelajaran Melaka
      9. Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
      10. Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
      11. Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
      12. Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
      13. Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak
      14. Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
      15. Pusat Pembelajaran Tawau, Sabah
      16. Pusat Pembelajaran Sandakan, Sabah
      Sebelum memohon calon perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebanyak RM100. Pembayaran wang proses perlu dibuat di link berilut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj
      Boleh memohon terus di laman web kami seperti berikut: https://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/
      Maklumat lanjut hubungi Pegawai Pemasaran Cik Zulaikha 013-534 3636 atau Encik Asly / Cik Nurul : 019-590 6855 atau 04-928 4617. Sekian terima kasih. Laman Web Rasmi: http://pjj.paceuum.my/

  1. Bagaimana untuk saya memohon untuk memilih lokasi universiti, saya tinggal di seremban dan saya ingin mohon universiti berdekatan dgn tempat tinggal saya?

    Berapa yuran pendaftaran untuk saya kemasukan program pjj?

    1. Bagi yang ingin memohon secara online boleh mengisi borang permohonan di http://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/
      Nota : yuran proses permohonan RM100 boleh dibayar melalui online payment di https://pay.paceuum.my/

      Sebarang pertanyaan @ kemusykilan boleh whatsaap team PACE UUM, kami akan bantu anda. Pohon whatsapp ke nombor berikut
      https://wa.me/60195906855
      https://wa.me/60195908544
      https://wa.me/60135343636
      https://wa.me/60194278189
      Terima kasih😊

    1. SYARAT KEMASUKAN:
      1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan PMK 2.75 (min); ATAU
      2. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi dengan PMK 2.00 sehingga 2.74 dan pengalaman kerja di dalam bidang yang berkaitan; ATAU
      3. Kelulusan Diploma dengan sepuluh (10) tahun pengalaman kerja, berumur 35 tahun ke atas dan lulus ujian serta memiliki Sijil APEL T-7;ATAU
      4. Lain-lain kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat Universiti; DAN
      5. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat Universiti.
      Pendaftaran secara online di http://bit.ly/3deKLAs
      Notes :
      Student admission is subjected to the fulfilment of specific requirements set by the respective Graduate Schools and programmes.0.05 point will be added to the current CGPA for each year of relevant work experience, if the Postgraduate Committee believes that the candidates have the potential to be admitted
      Hubungi Pegawai Bahagian Sarjana untuk maklumat lanjut : Muhamad Farhan Abd Karim / Tel:014-9249391 atau Dr. Mawarny Rejab / Tel: 012-6908088

  2. assalamulaikm, slmat petang… yang mempunyai stpm melepasi syarat kelayakan berapa tahun@sem untuk smbung sarjana muda bgi pngurusan awam?

    1. Kos Pengajian bagi Program BPM adalah RM19,880. Bagi yang ingin memohon secara online boleh mengisi borang permohonan di http://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/
      Nota : yuran proses permohonan RM100 boleh dibayar melalui online payment di https://pay.paceuum.my/

      Sebarang pertanyaan @ kemusykilan boleh whatsaap saya, Admin di
      https://wa.me/60195906855
      https://wa.me/60195908544
      https://wa.me/60135343636
      https://wa.me/60194278189
      Terima kasih😊

  3. Mohon kaji samada saya layak atau tidak..
    Saya berhajat nk apply Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian (BPN(Hons))

  4. Saya mendapat 7 kredit dalam SPM (1998), kecuali Bahasa Malaysia 7 (tidak kredit). Saya memiliki diploma kejuruteraan elektrik dari ITM Shah Alam (1993). Bolehkah saya memohon? Sekarang saya berumur 51 tahun. Masih wajibkah saya dapat kredit Bahasa Malaysia?

    1. terima kasih kerana menghubungi kami untuk program PJJ UUM. Untuk makluman, syarat Universiti adalah calon pelajar mestilah mempunyai kredit di dalam BM. Walaubagaimanapun, Tuan boleh memohon melalui APEL6 untuk melayakkan diri ke program PJJ UUM. Jesteru, pohon tuan mengisi dulu maklumat bagi APEL DISNI http://bit.ly/3aBoXgU dan Unit APEL akan menghubungi tuan dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *