Program Jarak Jauh UUM

PENDAHULUAN

Bagi merealisasikan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, PACE mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk memperbaiki kualiti hidup melalui peningkatan pendidikan yang lebih tinggi. PACE bertanggungjawab mengendalikan program melalui mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa. 

OBJEKTIF PJJ

Berteraskan misi dan visi Universiti, program PJJ ini adalah untuk:

  • Membuka peluang kepada masyarakat umum untuk meningkatkan taraf pendidikan.
  • Memberi peluang kepada pelajar dewasa mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah. 
  • Membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar.
  • Meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi. 
  • Meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan bagi mereka yang sedang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta.
PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia menawarkan program berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]
PUSAT PENGAJIAN PJJ

UUM kini mempunyai sepuluh (13) pusat pembelajaran yang beroperasi untuk Program PJJ iaitu:

  • Kampus UUM, Sintok, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Kota Bharu, Kelantan
  • Pusat Pembelajaran Johor Bahru, Johor
  • Pusat Pembelajaran Kuching, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Sibu, Sarawak
  • Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Sabah
  • Pusat Pembelajaran Ipoh, Perak
  • Pusat Pembelajaran Melaka
  • Pusat Pembelajaran Kuantan, Pahang
  • Pusat Pembelajaran Yayasan Bank Rakyat, Kuala Lumpur
  • Pusat Pembelajaran Langkawi, Kedah
  • Pusat Pembelajaran Miri, Sarawak
METODOLOGI PEMBELAJARAN
  1. Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu. 
  2. Modul berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus yang akan dibekalkan kepada pelajar.
  3. Tempat dan tarikh kuliah serta peperiksaan bagi satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.
PENGAJAR

Tenaga pengajar yang terlibat adalah terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang yang ditawarkan.

QS World University Rankings

Year-to-year, Universiti Utara Malaysia (UUM) continues to display excellence internationally with its ascent to the 591-600 rung in the latest Quacquarelli Symonds World University Rankings (QSWUR) 2020 compared to the 601 to 650 band in the previous year.

Vice-Chancellor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani said UUM continued to show a consistent surge in the QSWUR since it was first listed in 2016. “This success is the result of the hard work of all UUM denizens who are committed to upholding the university agenda and bringing it to the international arena. “I would like to express my sincere congratulations and appreciation to all of you for continuing to be very committed to ensuring the success of the key agenda of the university,” he said.

The Vice-Chancellor said in QSWUR, the percentage indicator of international students was the strongest indicator, while the facets of each faculty, employer’s reputation and academic reputation indicated opportunities for improvement.  The Vice-Chancellor also expressed his hope that UUM’s position in this ranking will continue to improve and that all UUM denizens will unite and assist the university in realising its aspiration.

QSWUR adopts six indicators in rating the global universities namely academic reputation, employer’s reputation, citation per faculty member, ratio of faculty member with that of students, percentage of international students and percentage of international faculty member.

THE RANKING

Promosi PJJ UUM

Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) UUM akan menerima permohonan bagi Kemasukan Sesi Julai 2020/21. Permohonan untuk kemasukan Julai 2020/21 dibuka sekarang untuk semua pelajar yang mempunyai kelulusan SPM, STPM, STAM dan DIPLOMA. Pelajar-pelajar boleh memilih 6 program terbaik untuk kemasukan Julai 2020/21.

Program- program Sarjana Muda (PJJ) Terbaik di Malaysia ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dengan Kepujian di semua Pusat Pembelajaran PACE UUM. Program-program Sarjana Muda yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian (Minor Pendidikan Islam) [BMA (Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
PJJ UUM Terbaik di Malaysia

Bantuan One-Off RM200

BAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM200 PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN SETARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelajar PJJ PACE,

Adalah dimaklumkan bahawa, Bantuan One-Off RM200 kepada pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan setara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah HANYA LAYAK bagi pelajar yang aktif sebagai Pelajar Sepenuh Masa pada tarikh 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengikuti program di bawah PJJ adalah TIDAK LAYAK menerima bantuan tersebut selaras dengan pekeliling Kementerian Kewangan Malaysia (Rujukan: MOF.PB(S) 600-8/7/14(47). Bersama-sama ini disertakan pekeliling tersebut untuk rujukan pelajar. https://bit.ly/3aXUFm9

Sekian Harap Maklum.