Pengajaran & Pembelajaran Program PJJ UUM

KULIAH PJJ UUM

  1. Apakah medium perantaraan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

Penggunaan Bahasa Melayu akan digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Modul juga diberi dalam Bahasa Melayu.

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran kursus?

Pendaftaran kursus bagi pelajar akan dibuat secara atas talian melalui portal pelajar.

  1. Bila tempoh gugur/tambah kursus boleh dilakukan?

Tempoh gugur/tambah kursus mesti dilakukan tidak lewat daripada dua (2) minggu sebelum atau selepas hari pertama kuliah (pertemuaan pertama).

PJJ UUM PILIHAN UTAMA
Program PJJ UUM Terbaik Di Malaysia
  1. Apakah kesan sekiranya gugur/tambah kursus dilakukan selepas tempoh yang ditetapkan?

Pelajar tidak dibenarkan mengikuti pengajian pada semester berkenaan dan pelajar perlu memohon menarik diri.

UUM IS THE BEST
Universiti Pengurusan Terbaik Dunia
  1. Sekiranya berlaku kesilapan sewaktu gugur/tambah kursus, apakah tindakan yang boleh dilakukan?

Pelajar mesti membuat pembetulan dalam tempoh ditetapkan dengan menghantar emel kepada pihak PACE UUM.

  1. Berapakah kadar maksimum kredit yang boleh didaftarkan pada satu-satu semester pengajian?

Pelajar hendaklah mendaftar tidak kurang daripada jumlah Jam Kredit Minimum, iaitu ENAM (6) jam kredit dan tidak lebih daripada TIGA BELAS (13) jam kredit bagi setiap semester. Pelajar dibenarkan untuk mengambil jam kredit sebanyak 25 jam kredit /setahun. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada TIGA BELAS (13) kredit hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Pengarah atau Pengurus Program. Walau bagaimanapun pelajar perlulah mengemukakan surat permohonan rasmi berkaitan perkara tersebut.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemindahan kredit?

Pemindahan kredit adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program di institusi lain ke program di PJJ PACE UUM. Pemindahan kredit merupakan permohonan pengurangan jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan bagi satu-satu program.

*Nota : Jumlah jam kredit bagi kursus yang mendapat pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan jam kredit sesuatu program dan ianya diambilkira dalam pengiraan jumlah jam minimum untuk memperolehi ijazah.

  1. Bagaimanakah cara permohonan pemindahan kredit?

Permohonan pemindahan kredit boleh dibuat dengan mengemukakan borang yang disediakan oleh PACE dan menyerahkannya dalam tempoh pengajian semester  pertama. Pelajar perlu mengemukakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan seperti transkrip peperiksaan, silibus yang setara dan sijil-sijil berkaitan. Pelajar yang boleh memohon pemindahan jam kredit adalah pelajar yang memiliki kelayakan diploma yang diiktiraf oleh PACE UUM dan tertakluk pada syarat berikut :-

  1. Kursus-kursus yang hendak dipindah kredit tersebut hendaklah setara atau lebih tinggi daripada kursus yang ditawarkan oleh Universiti
  2. Prestasi pelajar dalam kursus-kursus tersebut hendaklah setaraf atau lebih tinggi daripada kursus yang ditawarkan oleh Universiti
  3. Dalam kes kursus Ko-Kurikulum, selain daripada syarat-syarat yang dinyatakan pada para (a) dan (b), pemindahan kredit boleh dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai sumbangan / khidmat kemasyarakatan yang luar biasa / tinggi dalam bidang Ko-Kurikulum.
  4. Kursus-kursus yang digunakan untuk memohon pemindahan kredit hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi LIMA (5) tahun dari tarikh permohonan.

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat kursus yang gagal dalam satu-satu semester pengajian?

Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus wajib atau elektif hendaklah menebus (mengambil semula) dengan cara mengulangi kursus tersebut sehingga lulus.

Apakah gred lulus bagi satu-satu kursus?

Gred lulus untuk satu-satu kursus adalah A hingga C+.

Apakah kesan sekiranya tidak menghadiri pertemuan kursus?

Pelajar akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir sekiranya tidak memberi sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah kuliah dan tutorial.

Apakah sistem penilaian yang dilakukan bagi kursus yang dijalankan?

Pelajar akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan senat.  Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik.

Bagaimanakah caranya sekiranya pelajar semester akhir yang belum melengkapkan kurikulum tetapi kursus tidak ditawarkan bagi membolehkan pelajar tersebut memohon pengijazahan?

Pelajar boleh mengemukakan permohonan kepada PJJ PACE UUM  bagi mendapatkan kelulusan penawaran kursus tersebut pada semester berkenaan.

  1. Bagaimana pelajar program sepenuh masa mohon pertukaran ke Pengajian Separuh Masa jika program beliau tidak ditawarkan secara separuh masa?

Pelajar dikehendaki menukar kepada program yang sedia ada ditawarkan secara separuh masa di PJJ PACE UUM sebelum memohon pertukaran status pengajian.

Daftar dan Menang
Jom Daftar Kemasukan Julai 2021/2022

PENANGGUHAN PENGAJIAN

  1. Penangguhan pengajian boleh dibuat atas sebab-sebab yang munasabah seperti berikut:
    1. Sebab kesihatan
    1. Sebab peribadi
    1. Tindakan tatatertib

Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama DUA (2) semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih daripada EMPAT (4) semester secara berterusan, pelajar hendaklah mendapat kelulusan PACE UUM bagi menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk meneruskan pengajian atau menarik diri daripada pengajian.

PACE UUM
  • Pelajar yang disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan boleh memohon kepada Pengerusi PJJ PACE UUM untuk menangguhkan pengajian pada semester berkenaan.
  • Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain daripada sebab-sebab kesihatan. Permohonan ini hendaklah dibuat EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan.

Tempoh penangguhan tidak diambil kira sebagai semester yang telah digunakan bagi kes berikut:

  1. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti atas sebab kesihatan,
  2. Pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti kerana dikenakan tindakan tatatertib
  3. Pelajar yang ditangguhkan pengajian atas sebab kepentingan negara,

PEPERIKSAAN 

  1. Apakah cara yang perlu dilakukan oleh pelajar sekiranya tidak dapat menghadiri peperiksaan?

Pelajar boleh memohon untuk menduduki Peperiksaan Gantian. Peperiksaan Gantian hanya akan diadakan sekiranya pelajar disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan atau menjalankan tugas rasmi yang tidak dapat dielakkan dan mendapat kelulusan pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum peperiksaan akhir dijalankan.

  1. Apakah kriteria yang melayakkan Menduduki Peperiksaan Khas?

Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kriteria berikut:-

  1. Pelajar semester akhir yang mendapat status LULUS tetapi gagal satu mata pelajaran dalam semester terakhir; atau
  2. Pelajar semester akhir yang LULUS tetapi Purata Mata Gred Keseluruhan bagi Teras Program kurang daripada 2.00.

  1. Bolehkah semakan markah dilakukan sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan?

Boleh, dengan syarat pelajar hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Semak Semula kepada PACE dalam tempoh dua (2) minggu selepes keputusan diperolehi beserta bayaran sebanyak RM75.00 bagi setiap kursus untuk proses selanjutnya.  dengan kadar yuran yang ditetapkan.

  1. Apakah prosedur sekiranya pelajar memohon pertukaran pusat peperiksaan?

Memaklumkan secara bertulis kepada PJJ PACE UUM  untuk tindakan selanjutnya dalam tarikh permohonan ditetapkan.

Graduan UUM
Majlis Konvokesyen UUM

PENGIJAZAHAN

  1. Apakah syarat yang membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian ?

Pelajar boleh dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian jika telah memenuhi syarat seperti :-memenuhi semua kehendak syarat pengajian

Telah mencapai PMK sekurang-kurangnya 2.00 hingga 4.00

Telah mencapai PMK sekurang-kurangnya 2.00 hingga 4.00 bagi kursus Teras Program

Lulus dan mencapai sekurang-kurangnya matagred 1.00 bagi semua kursus yang diambil kecuali kursus yang diambil secara Audit.

HEA UUM

2. Bagaimanakah cara menyemak status penganugerahan?

Pelajar boleh menyemak status pengijazahan melalui laman sesawang di alamat www.pace.uum.edu.my

Pusat Pembelajaran UUM KL
Pusat Pembelajaran PACE KL

KEWANGAN

  1. Bolehkah pembayaran yuran dibuat secara ansuran?

Boleh, pelajar boleh membayar yuran secara ansuran pada bila-bila masa. PJJ PACE UUM tidak menetapkan tempoh pembayaran yuran bagi setiap semester.

  1. Apakah tindakan yang dikenakan sekiranya pelajar masih mempunyai tunggakan yuran pengajian?

Pelajar tidak dikenakan denda, tetapi pelajar tidak dibenarkan membuat semakan keputusan peperiksaan. Sekiranya pelajar memiliki tunggakan yuran lebih dari RM2300 pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus bagi semester hadapan.

  1. Bagaimanakah prosedur permohonan pinjaman kewangan daripada Institusi Kewangan?

Permohonan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Adakah boleh pelajar membuat pengeluaran KWSP bagi menjelaskan yuran pengajian?

Boleh. Permohonan pengeluaran KWSP perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Adakah pinjaman PTPTN boleh dibuat?

Pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN. Permohonan pinjaman PTPTN perlu diuruskan sendiri oleh pelajar. PJJ PACE UUM akan mengeluarkan Surat Pengesahan Pelajar sebagai dokumen sokongan permohonan pengeluaran (Jika perlu).

  1. Bilakah permohonan PTPTN akan dibuka?

Permohonan PTPTN dibuka dua (2) kali setahun untuk PJJ PACE UUM iaitu :-

  1. Bulan Mac : 1 Mac hingga 30 April
  2. Bulan September : 1 September hingga 31 Oktober

Kenapa Anda Perlu Memilih Program PJJ UUM?

  1. Apakah program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang ditawarkan di PACE UUM?.

Terdapat LIMA (5) program yang ditawarkan iaitu:-

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)]
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA (Hons)]
  3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm (Hons)]
  4. Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB (Hons)]
  5. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM (Hons)]
  1. Bilakah pengambilan pelajar akan dilakukan?

Sesi pengambilan pelajar dilakukan empat (4) kali setahun bagi program sarjana muda seperti berikut:-

  1. Pengambilan sesi Januari
  2. Pengambilan sesi April
  3. Pengambilan sesi Julai
  4. Pengambilan sesi Oktober

Daftar dan Menang PJJ UUM
PACE UUM sediakan hadiah lumayan RM28,000 untuk dimenangi

3. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat di atas talian di http://pjj.paceuum.my/daftar-online-pjj/

Bagi pelajar yang berminat untuk mengisi permohonan, pelajar hendaklah membayar wang proses sebanyak RM100. Pembayaran wang proses RM100 boleh dibuat secara online di link berikut: https://pay.paceuum.my/order/form/ijazahpjj

UUM World Ranking University
Tahniah UUM di atas pencapaian cemerlang ranking (THE)

4. Berapakah kadar yuran pengajian bagi program PJJ UUM?

Kadar bayaran bagi yuran pengajian adalah RM1,950 untuk semester pertama kerana pelajar perlu mengambil 13 jam kredit. 1 jam kredit bersamaan RM150. Yuran pendaftaran pula adalah RM300 (dibayar sekali sahaja).

Selain itu, pelajar juga perlu membayar yuran-yuran yang berulang pada setiap semester seperti:

  1. Yuran Perpustakaan RM20,
  2. Yuran Persatuan Pelajar RM10,
  3. Yuran Kebajikan RM13 dan
  4. Yuran ICT RM40.
    • Walau bagaimanapun, pembayaran yuran pengajian adalah sangat fleksible kerana pelajar boleh membuat pembayaran secara ansuran pada setiap semester
    • Selain itu, pelajar boleh membuat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),  pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tajaan daripada JPA/MARA dan lain-lain agensi.

5. Adakah program PJJ UUM sesuai bagi golongan bekerja ?

Ya Program PJJ UUM adalah sangat sesuai bagi golongan dewasa dan sedang bekerja. Sistem pembelajaran yang fleksibel  pelajar boleh memilih subjek-subjek mengikut semester semasa.  Setiap kelas akan berjalan pada hujung minggu dan diadakan sekali pada setiap bulan. Kelas akan bermula pada Pertemuan Pertama sehingga Pertemuan Keempat. Pelajar akan menduduki peperiksaan Akhir pada Pertemuan Kelima. Pelajar akan dapat bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang dilantik pada setiap pertemuan mengikut jumlah jam kredit bagi setiap subjek. Pensyarah akan membimbing pelajar untuk memahami dengan lebih baik.

Daftar dan Menang PJJ UUM
PACE UUM sediakan hadiah lumayan RM28,000 untuk dimenangi

6. Bagaimanakah sistem penilaian program PJJ UUM ?

Pelajar program PJJ UUM akan dinilai dengan tugasan individu, tugasan kumpulan, kuiz, pembentangan dan peperiksaan. Pecahan permarkahan adalah mengikut subjek-subjek yang telah ditentukan oleh pusat pengajian di UUM.

Kerja kursus ini memberi kelebihan pelajar untuk mendapatkan gred yang baik. Pelajar akan diberi mata gred bagi setiap kursus yang di ambil. Pengiraan Purata Mata gred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester.

Pada semester akhir pelajar hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK 2.00 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar hendaklah menyelesaikan masa pengajian mereka tidak lebih awal daripada 11 semester / 5 tahun setengah (minimum). Jangka masa maksimum yang dibenarkan untuk penyelesaian tidak boleh melebihi daripada 20 semester/10 tahun (maksimum).